Masjid, Rumah Penduduk Islam Dibakar Militan Buddha.

Masjid, Rumah Penduduk Islam Dibakar Militan Buddha. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Masjid, Rumah Penduduk Islam Dibakar Militan Buddha., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Masjid, Rumah Penduduk Islam Dibakar Militan Buddha.
link : Masjid, Rumah Penduduk Islam Dibakar Militan Buddha.

Baca juga


Masjid, Rumah Penduduk Islam Dibakar Militan Buddha.




MILITAN Buddha di Sri Lanka sengaja mencetuskan konfrontasi dengan membakar rumah-rumah penduduk Islam dan terbaharu pula bertindak menyerang sebuah masjid di Kandy.

Menurut Reuters, keganasan yang berupa rusuhan dan serangan ini semakin teruk merebak di seluruh Sri Lanka selepas seorang penganut Buddha dari majoriti etnik Sinhala terbunuh dalam rusuhan berkenaan.
Ia turut disahkan oleh Setiausaha Good Governance Party, Najah Mohamed yang berkata bahawa aksi keganasan tersebar di seluruh kawasan, bukan hanya di Kandy.
“Kami menghadapi ketegangan yang sama yang dengan kerajaan terdahulu di mana kebencian, dan keganasan terhadap umat Islam berleluasa.”
“Umat Islam hanya 10 peratus daripada populasi, selebihnya adalah etnik Sinhala beragama Buddha. Keganasan agama dan etnik mengakibatkan ramai umat Islam terbunuh,” katanya.
Menurut pegawai polis kawasan itu, Ruwan Gunasekera, perintah berkurung dilaksanakan bagi mengawal keadaan di kawasan tersebut.
“Lebih 12 suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam serangan bom petrol,”katanya.
Dilaporkan, rusuhan anti-Islam tersebut telah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dan merosakkan puluhan buah rumah serta masjid.
Menteri kanan beragama Islam, Rauff Hakeem turut meluahkan kekecewaan terhadap serangan yang hanya menyasarkan harta benda milik penduduk Islam yang merupakan etnik minoriti.
“Kegagalan tentera dan perintah undang-undang menjadi punca kepada masalah ini. Kerosakan tersebut tidak dapat dibayangkan, jelas sekali adalah jenayah kebencian,”katanya.
Pertembungan itu berlangsung seminggu selepas sekurang-kurangnya lima orang cedera dan beberapa buah kedai serta masjid rosak akibat diserang militan Buddha di timur Sri Lanka. 

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS



Sobat baru saja selesai membaca :

Masjid, Rumah Penduduk Islam Dibakar Militan Buddha.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Masjid, Rumah Penduduk Islam Dibakar Militan Buddha. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Masjid, Rumah Penduduk Islam Dibakar Militan Buddha. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/masjid-rumah-penduduk-islam-dibakar.html

Subscribe to receive free email updates: