Tabung Haji Nafi Lepas Pegangan Ekuiti Berjumlah RM2.6 Bilion

Tabung Haji Nafi Lepas Pegangan Ekuiti Berjumlah RM2.6 Bilion - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tabung Haji Nafi Lepas Pegangan Ekuiti Berjumlah RM2.6 Bilion, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tabung Haji Nafi Lepas Pegangan Ekuiti Berjumlah RM2.6 Bilion
link : Tabung Haji Nafi Lepas Pegangan Ekuiti Berjumlah RM2.6 Bilion

Baca juga


Tabung Haji Nafi Lepas Pegangan Ekuiti Berjumlah RM2.6 Bilion


Kenyataan dibuat bagi menjawab laporan sebuah portal, kononnya TH melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion sejak tiga bulan lalu..

Berikut adalah laporan dari portal tersebut..

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah melepaskan pegangan ekuiti berjumlah RM2.6 bilion sejak tiga bulan lalu bagi mengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan pasaran ekuiti, lapor portal The Malaysian Reserve. 
Tabung Haji tahun lalu menjual ekuiti dan aset hampir RM20 bilion kepada sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) yang ditubuhkan kerajaan iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. 
Portal berkenaan melaporkan, sejak akhir bulan Jun 2019, Tabung Haji telah melupuskan keseluruhan pegangannya dalam sembilan syarikat tersenarai termasuk FGV Holdings Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Yinson Holdings Bhd. 
Syarikat itu juga telah menjual sahamnya di Brahim’s Holdings Bhd., Lion Industries Corp Bhd., Shin Yang Shipping Corp Bhd., T7 Global Bhd., Notion VTec Bhd., Cheetah Holdings Bhd. dan NCK Corp Bhd. 
Nilai pasaran bagi setiap pelupusan saham itu adalah bernilai RM1.8 bilion (TNB), RM338.1 juta (Yinson), RM324.3 juta (FGV), RM23.5 juta (Lion Industries), RM10.1 juta (VTec), RM9.6 juta (T7 Global), RM7.9 juta (Shin Yang Shipping), RM4.2 juta (Brahim’s) dan RM2.7 juta (Cheetah) pada suku kedua 2019. 
Sebelum ini, Tabung Haji memindahkan kepentingan ekuiti dalam 106 syarikat tersenarai bernilai RM8.9 bilion kepada SPV Kementerian Kewangan pada suku pertama tahun ini. 
Pemeriksaan ke atas Bloomberg pula menunjukkan bahawa Tabung Haji sehingga kini mempunyai kepentingan dalam 38 syarikat dengan saham bernilai AS $ 1.7 bilion (RM7.13 bilion), hampir tiga kali lebih rendah daripada pelaburan awal pada awal tahun ini.

Tabung Haji dalam kenyataannya berkata, sepanjang 2019, nilai ekuiti domestiknya meningkat sebanyak RM1.12 bilion daripada RM6.36 bilion pada penghujung 2018, kepada RM7.48 bilion setakat 27 September 2019.

“Pelaburan TH bertumpu kepada syarikat utama Bursa Malaysia yang mempunyai prestasi kewangan serta rekod dividen yang baik, menjana pendapatan stabil dan patuh syariah termasuk Tenaga Nasional Bhd (TNB), iaitu antara pegangan terbesar dalam portfolio TH.

“Secara keseluruhannya, pegangan TH dalam TNB bertambah RM304 juta sejak 18 bulan lalu,” katanya.

Bagi 2019 TH berkata, ia tidak memiliki atau melupuskan pegangan saham dalam syarikat seperti FGV Holdings Bhd, Lion Industries Corporation Bhd, T7 Global Bhd, Shin Yang Shipping Corporation, Brahim’s Holdings Bhd dan Cheetah Holdings Bhd, seperti yang dilaporkan portal berkenaan.

Ia berkata, selain ekuiti TH kini giat dalam mencari peluang pelaburan dalam semua kelas aset, seperti hartanah dan instrumen kewangan berpendapatan tetap seperti sukuk.

“TH sentiasa mengutamakan kepentingan pendeposit dan melabur secara berhemah, selaras dengan strategi alokasi aset yang mengutamakan pendapatan yang mampan buat jangka masa panjang dengan mengambil kira risiko bersesuaian.

“TH akan terus mengekalkan tahap tadbir urus yang tinggi dalam mentadbir dana yang dipertanggungjawabkan kepadanya,” katanya.

Sumber laporan dari SINI



Sobat baru saja selesai membaca :

Tabung Haji Nafi Lepas Pegangan Ekuiti Berjumlah RM2.6 Bilion

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tabung Haji Nafi Lepas Pegangan Ekuiti Berjumlah RM2.6 Bilion dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tabung Haji Nafi Lepas Pegangan Ekuiti Berjumlah RM2.6 Bilion link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2019/10/tabung-haji-nafi-lepas-pegangan-ekuiti.html

Subscribe to receive free email updates: