Judul : T'ganu Tunai 20 Janji Manifesto Secara Berperingkat.
link : T'ganu Tunai 20 Janji Manifesto Secara Berperingkat.
T'ganu Tunai 20 Janji Manifesto Secara Berperingkat.

KUALA TERENGGANU 13 Ogos – Kerajaan Pas Terengganu memberi jaminan akan menunaikan kesemua 20 perkara yang dijanjikan kepada rakyat dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara berperingkat-peringkat.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ketika ini terdapat beberapa manifesto yang sedang dalam pelaksanaan antaranya Karnival Kahwin kali pertama percuma di setiap Dewan Undangan negeri (DUN) di samping membuka permohonan tanah baharu.
“Saya percaya 20 perkara manifesto yang kita rangkakan itu tidak akan diselesaikan dalam tempoh setahun atau dua tahun, sebaliknya kita akan laksanakan secara perlahan dan bertahap.
“Sepanjang tempoh lima tahun ini kita cuba untuk selesaikan satu persatu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Ramah Mesra Menteri Besar bersama Media, di sini kelmarin.
Yang hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A. Rahman Yahya dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc., Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.
Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berpuas hati dengan kelancaran dan keharmonian pentadbiran baharu yang diterajuinya sekali gus menjadikan kedua-dua aspek tersebut sebagai asas kepada penentu kejayaan buat Terengganu.
“Apa juga perubahan, pembangunan, perkembangan ekonomi yang kita bawa sekiranya asas yang penting iaitu keharmonian dan kelancaran pentadbiran tidak dijaga pastinya ia akan menjejaskan segala bentuk perancangan kita.
“Kita nampak pada waktu ini semua pihak boleh bekerjasama dengan sangat baik dan ia memberi satu gambaran segala perancangan untuk negeri ini akan berjalan dengan mudah,” katanya. (utusan.com.my)
Sobat baru saja selesai membaca :
T'ganu Tunai 20 Janji Manifesto Secara Berperingkat.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang T'ganu Tunai 20 Janji Manifesto Secara Berperingkat. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: T'ganu Tunai 20 Janji Manifesto Secara Berperingkat. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/08/tganu-tunai-20-janji-manifesto-secara.html