Putrajaya Perlu Hikmah. Peguam Negara,Istana, 8 Perkara. -MAPPIM

Putrajaya Perlu Hikmah. Peguam Negara,Istana, 8 Perkara. -MAPPIM - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Putrajaya Perlu Hikmah. Peguam Negara,Istana, 8 Perkara. -MAPPIM, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Putrajaya Perlu Hikmah. Peguam Negara,Istana, 8 Perkara. -MAPPIM
link : Putrajaya Perlu Hikmah. Peguam Negara,Istana, 8 Perkara. -MAPPIM

Baca juga


Putrajaya Perlu Hikmah. Peguam Negara,Istana, 8 Perkara. -MAPPIM




MAJLIS Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) mengucapkan tahniah kepada Tun Dr.Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia Baru, serta pasukan kabinet Pakatan Harapan (PH) yang telah memenangi PRU14 2018.
Kemenangan ini adalah mandat rakyat dan kini rakyat menunggu janji manifesto Malaysia Baru yang telah dijanjikan daripada manifesto PH.
2. Walau bagaimana kita dikejutkan dengan cadangan Perdana Menteri dengan persetujuan PH untuk melantik Tommy Thomas (TT) sebagai calun tunggal Peguam Negara (AG).
3. Lebih mengejutkan lagi apabila telah dikeluarkan kenyataan media daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang mengumumkan pada ketika ini, Putrajaya dan Istana Negara belum lagi mencapai persetujuan tentang calun penganti Peguam Negara yang lalu.
4. Akibat daripada situasi ini, telah menimbulkan "keresahan" kepada kebanyakan rakyat dan institusi negara sehingga pelbagai pihak yang mewakili pelbagai institusi, NGO/NGI khususnya ummat Islam sebagai rakyat majoriti dan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Persekutuan "berasa tidak sewajarnya" Peguam Negara dicalunkan kepada Tommy Thomas yang pernah membuat kenyataan yang mempersoalkan Islam dalam konteks bernegara.
5. Sewajarnya perkara ini perhalusi sebaik baiknya, dengan mengambilkira janji-janji pada petikan buku Harapan PRU14, Pakatan Harapan mukasurat 45 : Janji 11, yang berbunyi; "Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berpelembagaan dalam negara kita.".
Maka sewajarnya boleh difahami dalam konteks persetujuan yang belum dicapai diantara Putrajaya dan Istana Negara, merupakan suatu bentuk teguran yang perlu diamati dan dihormati dengan sebaik-baiknya oleh PM dan Kerajaan PH.
6. Situasi ini juga diperkukuhkan oleh kenyataan DS Anwar Ibrahim yang telah bertemu Raja-Raja Melayu yang memberikan keyakinan bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan menjaga dan menghormati Institusi Raja-Raja Melayu tampa mengikut telunjuk pihak-pihak yang tertentu. Juga akan sentiasa menjaga Agama Islam dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
7. Maka, keputusan persetujuan yang belum dicapai di antara Putrajaya dan Istana adalah perkara penting dan besar yang melibatkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama rasmi. Dalam menjalankan tugas Sumpah Yang di-Pertuan Agong Perkara 145(1) dan 145(5) maka perlantikan Peguam Negara sangat memerlukan "kecermatan dan pertimbangan yang sangat halus".
8. Rakyat Malaysia Baru, mengharapkan kemelut di atas dapat diatasi dan diselesaikan dengan penuh berhemah dan hikmah serta penuh kebijaksanaan diantara Kerajaan Pakatan Harapan Putrajaya dan Istana Negara bagi menghormati Islam adalah agama rasmi negara dan Institusi Raja-Raja adalah sebagai payung agama dan negara.Berikan hak rakyat untuk rakyat dan berikan hak Raja-Raja demi agama dan negara.
Mohd Zai Mustafa

Ketua Eksekutif MAPPIM
4 Jun 2018 - HARAKAHDAILY 4/6/2018





Sobat baru saja selesai membaca :

Putrajaya Perlu Hikmah. Peguam Negara,Istana, 8 Perkara. -MAPPIM

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Putrajaya Perlu Hikmah. Peguam Negara,Istana, 8 Perkara. -MAPPIM dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Putrajaya Perlu Hikmah. Peguam Negara,Istana, 8 Perkara. -MAPPIM link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/06/putrajaya-perlu-hikmah-peguam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :