Mengapa Hapus Bazar Jalan TAR KL.. PH Cuba Padam Imej Melayu?

Mengapa Hapus Bazar Jalan TAR KL.. PH Cuba Padam Imej Melayu? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Mengapa Hapus Bazar Jalan TAR KL.. PH Cuba Padam Imej Melayu?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Mengapa Hapus Bazar Jalan TAR KL.. PH Cuba Padam Imej Melayu?
link : Mengapa Hapus Bazar Jalan TAR KL.. PH Cuba Padam Imej Melayu?

Baca juga


Mengapa Hapus Bazar Jalan TAR KL.. PH Cuba Padam Imej Melayu?




SATU demi satu imej Melayu dan Islam di negara ini mula terhakis secara perlahan-lahan sejak Pakatan Harapan (PH) mendapat kuasa untuk mentadbir kerajaan Malaysia.

Malah, pentadbiran PH juga semakin berani mula menerapkan nilai-nilai liberal dalam segala keputusan biarpun belum sampai 100 hari pun mereka ‘menakluki’ Putrajaya.
Isu terbaharu yang mengejutkan ramai rakyat Malaysia tentunya mengenai penutupan bazar perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri diadakan setiap tahun di Jalan Masjid India serta Lorong Tuanku Abdul Rahman di ibu kota.
Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Amin Nordin Abd Aziz mengumumkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memutuskan untuk menghentikan bazar perayaan itu.
Jelasnya, ini selepas beberapa isu yang berbangkit sejak bertahun-tahun lamanya di kawasan berkenaan menjelang hari raya konon masih tidak dapat diselesaikan.
Tindakan ini dilihat tidak masuk akal memandangkan ia menunjukkan seolah-olah pihak yang bertanggungjawab itu mengambil pendekatan ‘lepas tangan’.
Sekiranya perkara tersebut merupakan masalah pengurusan, apa yang perlu dilakukan adalah mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menangani masalah tersebut.
Bukannya ambil tindakan menghentikan langsung bazar jalanan yang sememangnya ikonik dan dekat di hati pengunjung setiap kali bulan Ramadan menjelang Syawal itu.
Secara tidak langsung, bazar di kawasan tersebut telah menjadi identiti Kuala Lumpur setiap tahun yang menyaksikan pengunjung dari seluruh negara hadir ke situ berbelanja untuk hari raya.
Malah, bazar di Jalan TAR ini sendiri boleh juga dikatakan sebagai salah satu imej Melayu Islam yang terdapat di pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Secara tidak langsung juga, bazar ini juga menimbulkan suasana untuk berhari raya kepada setiap pengunjungi yang membeli-belah di kawasan itu merasai kemeriahannya.
Jadi tindakan pihak berkuasa yang dengan senang hati ingin hapus salah satu kawasan yang menghidupkan suasana hari raya di bandar hanya kerana masalah yang tidak dapat diselesaikan seperti ‘melepaskan batok di tangga’.
Kini jelas dapat dilihat bahawa satu demi satu imej iknoik Melayu dan Islam kini mula tumbang sejak proses peralihan kuasa yang berlaku tempoh hari.
Walaupun isu seperti menghapuskan bazar perayaan di salah satu kawasan di Kuala Lumpur ini dilihat seperti satu isu kecil dan remeh-temeh, ia menunjukkan satu perubahan besar buat bandar berkenaan.
Maklumlah, bazar perayaan di Jalan TAR itu mula diwujudkan pada tahun 2003 dan selepas 15 tahun beroperasi dan dikunjungi rakyat, tahun ini menjadi tahun terakhir ia diadakan.
Dalam pada itu, pengumuman penutupan bazar tersebut dibuat oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, persoalannya di sini adalah beliau bertindak daripada arahan atasan dari pihak mana?
Sudahlah negara baru sahaja dilanda isu penggunaan bahasa Cina dalam kenyataan rasmi selain isu kajian semula Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kini kawasan ikonik yang menjadi imej Melayu dan Islam pula ditutup.
Secara perlahan-lahan, imej kononnya ‘Malaysia Baharu’ yang dibawa penyokong PH kini kelihatan seperti ke arah ‘Malaysia Liberal’. – MYNEWSHUB.CC



Sobat baru saja selesai membaca :

Mengapa Hapus Bazar Jalan TAR KL.. PH Cuba Padam Imej Melayu?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mengapa Hapus Bazar Jalan TAR KL.. PH Cuba Padam Imej Melayu? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Mengapa Hapus Bazar Jalan TAR KL.. PH Cuba Padam Imej Melayu? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/06/mengapa-hapus-bazar-jalan-tar-kl-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :