Mufti W/P Hadiahkan Pelakon Iqram Dinzly 2 Arnab. Apa Maknanya?

Mufti W/P Hadiahkan Pelakon Iqram Dinzly 2 Arnab. Apa Maknanya? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Mufti W/P Hadiahkan Pelakon Iqram Dinzly 2 Arnab. Apa Maknanya?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Mufti W/P Hadiahkan Pelakon Iqram Dinzly 2 Arnab. Apa Maknanya?
link : Mufti W/P Hadiahkan Pelakon Iqram Dinzly 2 Arnab. Apa Maknanya?

Baca juga


Mufti W/P Hadiahkan Pelakon Iqram Dinzly 2 Arnab. Apa Maknanya?

Mufti Wilayah Persekutuan hadiahkan Iqram Dinzly arnab


KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menghadiahkan pelakon kontroversi Iqram Dinzly dua arnab dalam pertemuan pada Sabtu lalu.

Selain itu, agamawan tersebut turut menghadiahkan beberapa buku tulisannya, jubah dan kopiah kepada Iqram. Dalam pertemuan tersebut, pelakon Johan As'ari yang menemani Iqram turut menerima cenderahati daripada Zulkifli.

Menerusi Instagramnya, Zulkifli memberitahu ada maksud ingin disampaikan menerusi buah tangan yang diberikan kepada Iqram dan Johan.

“Kami hadiahkan beberapa buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandungannya.
“Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah.
“Tidak lupa dua arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang,” tulisnya.

Zulkifli juga berharap agar hadiah yang diberikan kepada Iqram dan Johan dapat mengeratkan lagi hubungan mereka.

“Semoga hadiah yang tidak seberapa itu dapat mengikat hubungan persaudaraan kita untuk terus saling berhubung dan mengeratkan ukhuwwah,” ujarnya.

Dalam pada itu Zulkifli turut mengucapkan terima kasih kepada Iqram dan Johan kerana sudi berkunjung dan terbuka untuk berbincang.

“Terima kasih kepada mereka berdua dan rakan-rakan yang mengunjungi kami serta berbincang dengan kami dengan penuh kemesraan dalam liqa’ tersebut.
“Kami berdoa agar kita semua sentiasa ditaufiq dan dihidayahkan oleh Allah SWT,” katanya menerusi entri yang dimuat naik pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, Zulkifli menjemput Iqram hadir ke pejabatnya menerusi sepucuk surat terbuka bertarikh 27 Disember untuk membincangkan masalah dihadapi aktor tersebut selepas video aksi pelik pelakon itu menjadi perbualan netizen dan tular di laman sosial.


Apa hukum labur dalam dagang 'Bitcoin'?


Sobat baru saja selesai membaca :

Mufti W/P Hadiahkan Pelakon Iqram Dinzly 2 Arnab. Apa Maknanya?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mufti W/P Hadiahkan Pelakon Iqram Dinzly 2 Arnab. Apa Maknanya? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Mufti W/P Hadiahkan Pelakon Iqram Dinzly 2 Arnab. Apa Maknanya? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/mufti-wp-hadiahkan-pelakon-iqram-dinzly.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :