Judul : Melayu Hilang Kuasa Politik Di Perak, Jika PH Menang.. -Dr. Kamarul Zaman
link : Melayu Hilang Kuasa Politik Di Perak, Jika PH Menang.. -Dr. Kamarul Zaman
Melayu Hilang Kuasa Politik Di Perak, Jika PH Menang.. -Dr. Kamarul Zaman

KUALA LUMPUR – Orang Melayu tetap berisiko hilang penguasaan politik di Perak jika Pakatan Harapan yang kini disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memenangi negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)
Ia berdasarkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang Pakatan Harapan sasarkan untuk dimenangi bagi membentuk Kerajaan Perak dalam PRU14.
Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, pemimpin Pakatan Harapan Perak baru-baru ini mengumumkan pembangkang menyasarkan untuk menang 32 kerusi DUN.
Jelas beliau, sebanyak 24 kerusi DUN Perak yang mahu dimenangi itu sememangnya dikuasai pembangkang dalam PRU13, namun 22 daripadanya adalah milik wakil rakyat bukan Melayu.
Menurut beliau, lapan lagi kerusi yang disasarkan tetapi sukar dimenangi pula diserahkan kepada calon Melayu beragama Islam daripada PPBM dan Parti Amanah Negara (PAN) untuk ditandingi.
“Tidak jelaskah lagi pihak mana yang akan berkuasa dalam kerajaan Pakatan Harapan Perak jika Pakatan Harapan menguasai DUN Perak pada PRU14?
“Bila begini sasarannya, apakah ada lagi makna kerusi yang diberi kepada PPBM 14 kerusi dan kerusi yang diberi kepada PAN (13) lebih tinggi daripada kerusi diberi kepada DAP?,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kecaman Naib Pengerusi PAN Perak, Dr Muhaimin Sulam terhadap kajian beliau baru-baru ini bahawa Perak bakal dikuasai DAP jika Pakatan Harapan menang di negeri itu.
Muhaimin malah mendakwa kajian Kamarul itu suatu gerakan ‘mendodoi’ orang Melayu agar terus tidur nyenyak serta tidak membina dan membangkitkan martabat akal malah diperhamba dengan kebodohan diri sendiri.
“Saya hairan dengan Muhaimin ini yang mengkritik saya cuma daripada sudut emosi kosong (tanpa fakta)
“Tiada pun sebarang penafian diberikan oleh Muhaimin ke atas maklumat yang saya berikan di dalam komentar saya itu,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
- Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden P...
- Peranan Parti &Diri Dalam Politik Islam -Suntingan...
- PRU 14, Bagaimana Sumbang Bagi Menangkan Islam? K.
- Ahzab, Persiap Kemampuan Sepanjang Zaman
- PAS Mampu Tadbir Negara Lebih Baik Dari BN -SU ...
- Jati Diri Umat Bersama Bahasanya -Abd Hadi
- Pas Akan Jadi Kerajaan, Mengundi Adalah Wajib! Und...
- Tadbir S'gor Ikut Model Islam. Dah Sampainya, Jom ...
- Baru Umum MB S'ngor, Selepas PAS Menang. Tanding 4...
- Mengembalikan Islam Memerintah &Mentadbir -Presid...
Sobat baru saja selesai membaca :
Melayu Hilang Kuasa Politik Di Perak, Jika PH Menang.. -Dr. Kamarul Zaman
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Melayu Hilang Kuasa Politik Di Perak, Jika PH Menang.. -Dr. Kamarul Zaman dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Melayu Hilang Kuasa Politik Di Perak, Jika PH Menang.. -Dr. Kamarul Zaman link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2018/01/melayu-hilang-kuasa-politik-di-perak.html