Syria: Duta AS Beri Amaran, Kononnya...

Syria: Duta AS Beri Amaran, Kononnya... - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Syria: Duta AS Beri Amaran, Kononnya..., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Syria: Duta AS Beri Amaran, Kononnya...
link : Syria: Duta AS Beri Amaran, Kononnya...

Baca juga


Syria: Duta AS Beri Amaran, Kononnya...













 AP - SEORANG bapa memeluk anak kembarnya yang terbunuh dalam serangan kimia di bandar Sheikhoun, wilayah Idlib pada Selasa lalu.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU(PBB), New York – Amerika Syarikat (AS) kelmarin memberi amaran bahawa ia akan mengambil tindakan unilateral sekiranya PBB gagal bertindak berhubung sera­ngan kimia di Syria yang mengakibatkan berpuluh-puluh penduduk awam termasuk kanak-kanak terbunuh.
Amaran itu dinyatakan oleh Duta AS, Nikki Haley semasa mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB yang dipanggil oleh Perancis dan Britain susulan serangan berkenaan di sebuah bandar yang dikuasai kumpulan penentang Syria di wilayah Idlib.
“Apabila PBB secara konsisten gagal dalam tanggungjawabnya untuk bertindak secara kolektif, ada ketikanya kami perlu mengambil tindakan sendiri,” kata Haley tanpa mengulas lanjut.
Britain, Perancis dan AS yang memegang jawatan Presiden majlis berkenaan pada April ini telah membentangkan draf resolusi supaya serangan berkenaan disiasat secara menyeluruh.
Kandungan resolusi itu bagaimanapun ditolak oleh Rusia yang merupakan sekutu rejim Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Rundingan mengenai usul itu masih berjalan dengan beberapa diplomat berkata, Majlis Keselamatan dijadualkan mengundi usul ber­kenaan seawal semalam.
Moscow sebelum ini menggunakan kuasa veto miliknya sebanyak tujuh kali untuk melindungi Syria daripada tindakan PBB.
Dalam mesyuarat tergempar itu, Haley turut mengecam Rusia kerana gagal memberi tekanan kepada Bashar.
“Berapa ramai lagi kanak-kanak perlu mati sebelum Rusia mengambil berat?
“Sekiranya Rusia memiliki pengaruh besar ke atas Syria seperti yang didakwa olehnya, kita perlu melihat Moscow menggunakan pengaruhnya untuk menamatkan perbuatan kejam ini,” kata Haley.
Sekurang-kurangnya 86 orang termasuk 20 kanak-kanak maut dalam serangan kimia di bandar Khan Sheikhoun, manakala puluhan mangsa lain mengalami kesukaran untuk bernafas, sawan dan mulut berbuih.
Britain, Perancis dan AS menyalahkan tentera Bashar berhubung sera­ngan itu tetapi dinafikan oleh Damsyik. – AFP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Banyak sudah perkara-perkara yang PBB gagal bertindak setelah buat keputusan, terutama yang berkaitan dengan Israel atau AS, kerana masing ada kepentingan 'baling batu sembunyi tangan'. 
Bagi Syria, mereka sedang melihat lakonan bagaikan mahu dilepaskan dari mulut harimau, sedangkan mulut buaya sedang ternganga menunggu.

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....



Sobat baru saja selesai membaca :

Syria: Duta AS Beri Amaran, Kononnya...

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Syria: Duta AS Beri Amaran, Kononnya... dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Syria: Duta AS Beri Amaran, Kononnya... link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/04/syria-duta-as-beri-amaran-kononnya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :