Tentera Syria Perhebat Serangan, Gencatan Senjata Gagal

Tentera Syria Perhebat Serangan, Gencatan Senjata Gagal - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tentera Syria Perhebat Serangan, Gencatan Senjata Gagal, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tentera Syria Perhebat Serangan, Gencatan Senjata Gagal
link : Tentera Syria Perhebat Serangan, Gencatan Senjata Gagal

Baca juga


Tentera Syria Perhebat Serangan, Gencatan Senjata Gagal


AFP - SEORANG penduduk memeriksa sebuah rumah yang musnah di Douma, pinggir Damsyik pada hari pertama gencatan senjata Syria berkuat kuasa, 30 Disember lalu.



DAMSYIK – Genca­tan senjata di Syria tergugat selepas tentera kerajaan memperhebatkan serangan dekat Damsyik, manakala kira-kira 10 kumpulan penentang menyatakan bahawa mereka tidak akan menyertai rundingan damai pada bulan ini.
Rundingan damai Syria itu dijadualkan berlangsung di ibu kota Kazakhstan, Astana hujung Januari ini tetapi pakatan penentang bertindak menarik diri ekoran pencabulan gencatan senjata oleh tentera rejim Pre­siden Bashar Al-Assad.
Rundingan itu dianjurkan oleh Rusia dan Iran yang menyokong rejim Bashar serta Turki yang membantu kumpulan penentang.
“Memandangkan gencatan senjata terus dicabuli, pakatan penentang mengumumkan untuk membekukan rundingan di Astana,” kata mereka dalam satu kenya­taan bersama.
Pakatan penentang berkata, mereka mematuhi gencatan senjata itu yang merangkumi seluruh Syria, namun tentera Bashar dan sekutunya tidak berhenti melakukan bedilan dan berulang kali mencabuli persetujuan tersebut terutamanya di kawasan yang dikuasai pihak penentang di Wadi Barada dan Ghouta Timur dekat Damsyik.
Sejak dua minggu lalu, malah sebelum perlaksanaan gencatan senjata Syria yang ditaja oleh Ankara dan Moscow itupun, tentera udara Syria hampir setiap hari membedil Wadi Barada yang terletak sekitar 15 kilometer dari Damsyik.
Kelmarin, tentera Syria yang disokong serangan udara dan tembakan meriam mara untuk menawan kawasan tersebut yang menyimpan bekalan air untuk Damsyik, kata Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.
Perang saudara di Syria mengakibatkan lebih 310,000 orang terbunuh dan menyebabkan separuh daripada populasi negara itu menjadi pelarian. – AFP

PERHATIAN
Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..



Sobat baru saja selesai membaca :

Tentera Syria Perhebat Serangan, Gencatan Senjata Gagal

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tentera Syria Perhebat Serangan, Gencatan Senjata Gagal dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tentera Syria Perhebat Serangan, Gencatan Senjata Gagal link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/01/tentera-syria-perhebat-serangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :