Judul : Babi, Sidang DUN P.Pinang Lulus RUU Penternakan..
link : Babi, Sidang DUN P.Pinang Lulus RUU Penternakan..
Babi, Sidang DUN P.Pinang Lulus RUU Penternakan..
GEORGE TOWN – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang semalam meluluskan Rang Undang-undang Perternakan Babi 2016.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.
“Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini.
Beliau berkata kaedah penternakan sekarang selain menyebabkan pencemaran alam sekitar, turut menimbulkan isu keselamatan penyalahgunaan ubat-ubatan terlarang.
Sidang DUN yang berlangsung sejak 15 November lepas, kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sepanjang persidangan tujuh hari itu, 76 soalan lisan dan 634 soalan bertulis dikemukakan, manakala dua rang undang-undang serta dua usul tergempar diluluskan. – BERNAMA
Sobat baru saja selesai membaca :
Babi, Sidang DUN P.Pinang Lulus RUU Penternakan..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Babi, Sidang DUN P.Pinang Lulus RUU Penternakan.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Babi, Sidang DUN P.Pinang Lulus RUU Penternakan.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2017/01/babi-sidang-dun-ppinang-lulus-ruu.html