Judul : Penjajah Israel Benarkan Bina Rumah Di Palestin. Dunia Bisu..
link : Penjajah Israel Benarkan Bina Rumah Di Palestin. Dunia Bisu..
Penjajah Israel Benarkan Bina Rumah Di Palestin. Dunia Bisu..
SEBAHAGIAN pemandangan penempatan di Amona.
BAITULMUQADDIS – Parlimen Israel kelmarin memberikan kelulusan menyemak semula rang undang-undang yang membenarkan penempatan Israel dibina di tanah persendirian milik penduduk Palestin di Tebing Barat.
Tebing Barat merupakan wilayah Palestin yang dijajah rejim Zionis.
Rang undang-undang itu mengundang kecaman dan mengakibatkan hubungan masyarakat antarabangsa dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tegang.
Rang undang-undang itu diluluskan Parlimen Israel, Knesset bulan lalu. Ia mengandungi fasal mencabar keputusan Mahkamah Agung bahawa berpuluh-puluh peneroka haram Yahudi perlu mengosongkan rumah mereka yang dibina di tanah milik warga Palestin di Bukit Amona, Tebing Barat selewat-lewatnya 25 Disember ini.
Parlimen Israel meluluskan semakan semula rang undang-undang itu dengan undi 60-49.
Semakan itu menyebabkan fasal berkaitan Bukit Amona telah digugurkan bagi memberi laluan kepada kelulusan rang undang-undang itu di Parlimen.
Israel membina kira-kira 120 penempatan haram di tanah milik penduduk Palestin sejak 50 tahun lalu. –Reuters
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Penjajah Israel tetap benarkan bina rumah di tanah Palestin yang dirampas, namun masyarakat antarabangsa masih diam membisu seribu bahasa dari tindakan. Itulah Yahudi zionis yang sentiasa dipaparkan kisahnya dalam Al-Quran.
Sobat baru saja selesai membaca :
Penjajah Israel Benarkan Bina Rumah Di Palestin. Dunia Bisu..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Penjajah Israel Benarkan Bina Rumah Di Palestin. Dunia Bisu.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Penjajah Israel Benarkan Bina Rumah Di Palestin. Dunia Bisu.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/12/penjajah-israel-benarkan-bina-rumah-di.html