Judul : Lebih 1,000 Rumah Rohingya Dibakar
link : Lebih 1,000 Rumah Rohingya Dibakar
Lebih 1,000 Rumah Rohingya Dibakar
AP - AKTIVIS Bangladesh membantah pembunuhan orang Islam di Myanmar dalam tunjuk perasaan di Dhaka pada Jumaat lalu.
YANGON – Analisis daripada imej satelit oleh kumpulan Pemerhati Hak Kemanusiaan (HRW) yang disiarkan semalam menunjukkan lebih 1,000 buah rumah di perkampungan etnit Rohingya dibakar.
Laporan media tempatan menyatakan pasukan keselamatan telah membunuh 70 orang dan menahan lebih 400 penduduk sejak perintah berkurung enam minggu lepas tetapi disangkal aktivis kemanusiaan yang mendakwa jumlah terbabit lebih tinggi.
Lebih 30,000 orang terpaksa menjadi pelarian akibat keganasan yang berlaku menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan berpuluh-puluh mati selepas diserang oleh tentera yang turut menggunakan helikopter.
HRW mengenal pasti lebih 820 struktur bangunan dimusnahkan di lima perkampungan etnik Rohingya antara 10 hingga 18 November menerusi imej satelit.
Secara keseluruhan, kumpulan berkenaan memberitahu analisis imej menunjukkan 1,250 bangunan telah dimusnahkan ketika perintah berkurung tentera.
“Daripada memberi respons dengan menggunakan cara era ketenteraan iaitu penafian dan penipuan, pihak kerajaan seharusnya melihat kepada fakta yang ada,” ujar Pengarah HRW Asia, Brad Adams.
Pihak kerajaan pula melaporkan kira-kira 300 buah rumah musnah dalam serangan dilakukan pemberontak yang dikatakan cuba membenihkan salah faham antara tentera kerajaan dan orang ramai.
Kebangkitan keganasan di selatan Rakhine telah menjadikan krisis semakin parah dan memberi cabaran kepada pemerintahan diketuai Aung San Suu Kyi sejak mengambil kuasa tujuh bulan lepas.
– AFP
Sobat baru saja selesai membaca :
Lebih 1,000 Rumah Rohingya Dibakar
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Lebih 1,000 Rumah Rohingya Dibakar dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Lebih 1,000 Rumah Rohingya Dibakar link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/11/lebih-1000-rumah-rohingya-dibakar.html