Judul : Bentuk Pakatan Baru.. Terdiri PAS (G/Sejahtera), PKR, BERSATU & WARISAN -Hj Hassan Omar.
link : Bentuk Pakatan Baru.. Terdiri PAS (G/Sejahtera), PKR, BERSATU & WARISAN -Hj Hassan Omar.
Bentuk Pakatan Baru.. Terdiri PAS (G/Sejahtera), PKR, BERSATU & WARISAN -Hj Hassan Omar.
9 November 2016, Mursyidur Am PAS Tuan Guru Haji Hashim Jasin telah mengeluarkan satu kenyataan tentang bertanpa perlunya pembangkang bersatu untuk satu lawan satu bagi menjatuhkan kerajaan UMNO @ BN yang zalim dan rakus.
Mursyidur Am dalam kenyataan menyebut bahawa penyatuan tersebut adalah demi kepentingan Islam dan Melayu menjadi tonggak kepada perpaduan di Malaysia dalam masyarakat berbilang kaum.
Beliau menyeru kumpulan-kumpulan NGO dan parti politik bersatu dan menjadikan Islam sebagai asas penyatuan mereka.
PAS berusaha dalam penyatuan ini dengan menubuhkan GAGASAN SEJAHTERA yang kini didokong oleh IKATAN dan BERJASA.
Dalam masa yang sama PAS masih menjalankan kerjasama tahaluf dengan PKR dan kini giat berunding dengan BERSATU dan WARISAN.
DAP menyedari bahawa BERSATU dan PKR lebih minat untuk bersama dengan PAS daripada bersama dengan DAP. DAP yang bersifat mereka TUAN, yang lain hamba! dan PAN sekadar barua DAP yang akan mengundi DAP dalam apa-apa keputusan dengan keputusan 2 lawan 1 sebagaimana PAS pernah alami, membuatkan PKR berfikir dua kali.
Yang sangat jelas BERSATU, Tan Sri Muhyiddin lebih mengenali UMNO daripada PAN dan DAP mengetahui bahawa PAS bukan nak UG dengan UMNO pasal itu BERSATU lebih mirip ingin bersama PAS bagi menawan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Kenyataan ini telah disebut oleh Tun Mahathir bahawa negerii-negeri ini hanya memerlukan pengalihan pengundi yang kecil sahaja UMNO pasti akan tumbang.
Kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta supaya perjanjian kerjasama antara pakatan harapan yang perlu ditandatangani pada konvensyen hari ini, ditangguhkan sudah cukup kita memahami bahawa BERSATU lebih minat bergabung dengan PAS dan PKR daripada Pakatan Harapan.
Memetik portal The Star sebagai berkata, Muhyiddin meminta penangguhan itu berikutan menginginkan tempoh untuk berfikir mengenai rancangan kerjasama tersebut.
Beliau juga menuntut banyak perbincangan dengan pemimpin-pemimpin pakatan harapan mengenai hubungan mereka dengan parti rasis dan cauvinis, DAP serta parti serpihan PAS, Parti Amanah Negara (PAN).
Dikatakan Muhyiddin juga tidak selesa dengan perkembangan di Johor dimana dilihat PAN lebih bermesra (boleh disebut barua atau dedak) dengan DAP dan jika negeri berkenaan jatuh kepada pembangkang sudah pasti DAP akan menguasainya yang lain sekadar boneka aje. Sudah pasti Bersatu dan ahli-ahlinya yang masih berjiwa UMNO tidak senang dengan ketuanan DAP dalam Pakatan Pembangkang.
Konvensyen Pakatan Harapan hari sangat mengecewakan setelah jemputan kepada PAS 'lastminute' ditolak kemudian diikuti dengan WARISAN juga menolak untuk hadir. BERSATU menjadi macam delema, tetapi Tun Mahathir hadir.
Kalau anda lihat gambar di atas, anda sudah parti melihat hampir dua pertiga dewan dipenuhi oleh puak-puak PAN. Nasib juga PAN guna baju oren boleh kita melihat dengan jelas dan itu belum termasuk lagi yang menggunakan baju warna lain.
Mana pergi pimpinan PKR? BERSATU? DAP pun tak hadir.
Kenapa PAN beriya-iya nak menjayakan konnesyen ini? Saya sudah menulis dalam artikel "PAN Tersempit Untuk Survival Politik Malaysia" PAN tidak ada hala tuju dan tersempit dalam kebangkitan pembangkang. Kalau kehadiran parti-parti lain membantu pembangkang tetapi kehadiran PAN menyebabkan pembangkang menjadi tak tentu hala. PAN bukan menarik ahli UMNO tetapi merosakkan PAS dan PKR sahaja.
Jika GAGASAN SEJAHTERA boleh menjadi satu blok politik pembangkang yang baru sudah parti PAN akan hilang dalam arus politik tanah air.
Sobat baru saja selesai membaca :
Bentuk Pakatan Baru.. Terdiri PAS (G/Sejahtera), PKR, BERSATU & WARISAN -Hj Hassan Omar.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bentuk Pakatan Baru.. Terdiri PAS (G/Sejahtera), PKR, BERSATU & WARISAN -Hj Hassan Omar. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Bentuk Pakatan Baru.. Terdiri PAS (G/Sejahtera), PKR, BERSATU & WARISAN -Hj Hassan Omar. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/11/bentuk-pakatan-baru-terdiri-pas.html