Judul : Azmin Ali Tidak Iktiraf Raja Berpelembagaan? ADUN Batangkali Dirujuk..
link : Azmin Ali Tidak Iktiraf Raja Berpelembagaan? ADUN Batangkali Dirujuk..
Azmin Ali Tidak Iktiraf Raja Berpelembagaan? ADUN Batangkali Dirujuk..
SHAH ALAM, 10 NOV: Dewan Negeri Selangor (DNS) semalam meluluskan usul membawa Ahli Dewan Negeri (ADN) Batang Kali, Dato’ Mat Nadzari Ahmad Dahlan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Usul terbabit dikemukakan Exco negeri, Dato’ Teng Chang Kim ekoran Mat Nadzari dalam ucapannya di DNS, pada 1 November lalu didakwa membawa maksud terdapat sebahagian anggota pentadbiran diketuai Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali tidak mengiktiraf peranan Raja Berpelembagaan.
Ia disokong ADN Sekinchan, Ng Suee Lim untuk dibahaskan di dalam dewan.
Suee Lim dalam penjelasannya berkenaan perkara itu mendakwa kenyataan Mat Nadzari itu merujuk DAP yang disifatkan tidak mengiktiraf peranan Raja-Raja Melayu dalam sistem pentadbiran negara.
“Sepanjang pentadbiran Kerajaan Negeri, DAP tidak pernah tidak mengiktiraf peranan Raja Berpelembagaan sebaliknya kita menyokong sepenuhnya.
“Yang menghakis kuasa Raja-Raja Melayu ialah Umno dan BN pada 1990an dahulu, bukan DAP dan DAP tidak pernah berkuasa di peringkat Persekutuan,” katanya.
Mat Nadzari dalam kenyataannya meminta apa dinyatakan ditafsir secara jelas dan berharap keputusan dibuat secara adil dalam perkara berkenaan.
Beliau berkata, dalam perlembagaan DAP yang ditelitinya juga tidak dinyatakan berkenaan sokongan parti terbabit kepada Raja-Raja Melayu.
“Dalam 18 perkara yang tersenarai, tiada sepatah perkataan yang menyokong semangat Raja Berpelembagaan,” dakwanya.
Sementara itu, ADN Kampung Tunku, Lau Weng San ketika mengambil bahagian berbahas membangkitkan beberapa kenyataan dibuat Mat Nadzari dalam media sosialnya yang didakwa mengaitkan DAP dengan isu agama Islam dan Raja-Raja Melayu.
Namun, ia dicelah ADN Permatang, Dato’ Sulaiman Abdul Razak dan berharap dewan tidak terpengaruh dengan kenyataan itu.
Pengakhiran perbahasan dengan Speaker, Hannah Yeoh membuat keputusan untuk ADN Batang Kali itu kepada jawatankuasa berkaitan selepas majoriti ADN bersetuju untuk tujuan berkenaan. (Selangorkini)
Sobat baru saja selesai membaca :
Azmin Ali Tidak Iktiraf Raja Berpelembagaan? ADUN Batangkali Dirujuk..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Azmin Ali Tidak Iktiraf Raja Berpelembagaan? ADUN Batangkali Dirujuk.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Azmin Ali Tidak Iktiraf Raja Berpelembagaan? ADUN Batangkali Dirujuk.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/11/azmin-ali-tidak-iktiraf-raja.html