Suspek Rasuah Di Sabah Tiada Kaitan Dengan UMNO?

Suspek Rasuah Di Sabah Tiada Kaitan Dengan UMNO? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Suspek Rasuah Di Sabah Tiada Kaitan Dengan UMNO?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Suspek Rasuah Di Sabah Tiada Kaitan Dengan UMNO?
link : Suspek Rasuah Di Sabah Tiada Kaitan Dengan UMNO?

Baca juga


Suspek Rasuah Di Sabah Tiada Kaitan Dengan UMNO?


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini menolak dakwaan menyatakan pegawai kanan di Jabatan Air Sabah yang ditahan dalam kes rasuah terbesar di negara ini adalah bendahari Umno bahagian Kimanis.




Anifah yang juga ketua bahagian itu turut menafikan sebarang pembabitan dalam kes itu, dan berkata sebagai menteri luar tidak ada apa yang boleh beliau tawarkan kepada sesiapa.

Katanya, beliau juga tidak mengawal dana untuk jabatan air di Sabah.

“Adalah lebih baik untuk kita tahu dari mana dana itu datang dan siapa yang ada kuasa untuk meluluskannya.

“Maka, rakan senegeri saya Sabah, saya beritahu anda saya tidak terlibat dan tidak tahu mengenai dana berkenaan atau kewujudan projek itu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Ahli Parlimen Kimanis itu berkata demikian sebagai respons terhadap dakwaan yang sedang berlegar di media sosial iaitu pegawai kanan agensi kerajaan terbabit ada kaitan dengan Umno.

Antara mereka yang membuat dakwaan itu termasuk bekas ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Osman.

Beliau bagaimanapun sudah memadam tuduhan itu di blognya.

Blogger Lim Sian See, dalam satu post di Facebook berkata bendahari Umno Kimanis ialah Rizal @ Raymond Godfrey Abdullah.

Anifah berkata tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang cuba memfitnahnya kerana beliau tidak mahu masyarakat berfikir menteri luar Malaysia mengamalkan rasuah.

“Dan lebih penting ialah membersihkan nama saya,” katanya.

Pada Rabu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita wang tunai dan aset bernilai RM114.5 juta susulan penahanan 4 lelaki di Sabah.

Semua 4 individu itu, termasuk 2 pegawai kanan Jabatan Air Sabah disiasat atas dakwaan menerima rasuah daripada projek persekutuan di Sabah yang dikatakan bernilai RM3.3 bilion lapor FMT


Sobat baru saja selesai membaca :

Suspek Rasuah Di Sabah Tiada Kaitan Dengan UMNO?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Suspek Rasuah Di Sabah Tiada Kaitan Dengan UMNO? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Suspek Rasuah Di Sabah Tiada Kaitan Dengan UMNO? link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/10/suspek-rasuah-di-sabah-tiada-kaitan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :