Judul : Selepas Pendedahan Mengenai 1MDB, Husni Mula Diserang..
link : Selepas Pendedahan Mengenai 1MDB, Husni Mula Diserang..
Selepas Pendedahan Mengenai 1MDB, Husni Mula Diserang..
Media atas talian yang berada di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO) mula menyerang bekas bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ekoran pendedahan penipuan dijalankan oleh syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam.
Husni yang tidak lagi berada dalam Kabinet akhirnya membuat pendedahan terbuka membabitkan syarikat yang diterajui oleh bekas bosnya itu, Datuk Seri Najib Razak.
Lebih mengejutkan, Husni mempersoalkan banyak urus niaga meragukan melibatkan syarikat tersebut walaupun suatu ketika dahulu ditugaskan dalam plan rasionalisasi syarikat kontroversi itu.
Media atas talian, Mykmu.net antara yang mula memainkan artikel menghentam Husni apabila mempersoalkan tindakannya semalam walhal selama ini beliau yang lantang mempertahankan 1MDB dan ditugaskan memberi penerangan berhubung syarikat tersebut.
“Kepada Datuk Seri Husni Hanadzlah usahlah mempertikaikan apa yang berlaku di MOF sepanjang 8 tahun lalu kerana seperti kata pepatah, meludah ke langit kena muka sendiri juga.-MYKMU.NET,” tulis komentar dilaman tersebut.
Media tersebut juga mendakwa Husni sebenarnya terkilan apabila tidak lagi dilantik dalam Kabinet sebagai punca beliau mula menyerang 1MDB.
“Dari keseluruhan ucapan di Parlimen semalam, Husni sebenarnya bertindak dalam keadaan “sour grapes” kerana tidak disambung jawatan di Kementerian Kewangan dan kerana dikritik di media sosial.
“Jadi soalan-soalan mengenai 1MDB sebenarnya lebih kepada balas dendam Husni kepada orang tertentu yang beliau anggap telah menyerang beliau, bukannya kerana mahu mencari kebenaran atau mendedahkan kebenaran.
“Jika benar Husni tidak tahu apa yang berlaku, yang bermakna beliau menjadi Menteri Kewangan II dalam bentuk Zombie, mungkin beliau boleh meluangkan masa mendengar sesi Q & A Dengan Arul Kanda ini,” tulis laman itu lagi.
Husni yang diberikan laluan oleh sebelah pembangkang untuk berbahas dalam Dewan Rakyat hari ini membuat beberapa pendedahan dan mempertikaikan beberapa urus niaga membabitkan syarikat kontroversi tersebut.
“Saya bukan lagi dalam kerajaan, saya duduk di luar, jadi saya mahu tahu apakah yang akan berlaku nanti, kerana saya mahu tahu kerana ia akan menentukan masa depan saya dan juga rakyat keseluruhannya,” kata Husni lapor TheMalaysianMirror
Sobat baru saja selesai membaca :
Selepas Pendedahan Mengenai 1MDB, Husni Mula Diserang..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Selepas Pendedahan Mengenai 1MDB, Husni Mula Diserang.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Selepas Pendedahan Mengenai 1MDB, Husni Mula Diserang.. link yang gunakan: http://cepotpost.blogspot.com/2016/10/selepas-pendedahan-mengenai-1mdb-husni.html