Zuraida Mohon Cuti Daripada Tugas Naib Presiden PKR

Zuraida Mohon Cuti Daripada Tugas Naib Presiden PKR - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Zuraida Mohon Cuti Daripada Tugas Naib Presiden PKR, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Zuraida Mohon Cuti Daripada Tugas Naib Presiden PKR
link : Zuraida Mohon Cuti Daripada Tugas Naib Presiden PKR

Baca juga


Zuraida Mohon Cuti Daripada Tugas Naib Presiden PKR


AMPANG: Zuraida Kamaruddin menyerahkan permohonan bercuti daripada menjalankan tugas naib presiden PKR sehingga siasatan Lembaga Disiplin terhadapnya selesai.

Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad mengesahkan permohonan itu dihantar 2 hari lalu.

“Surat permohonan telah dihantar kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim di ibu pejabat PKR.

“Sama ada diterima atau tidak belum dimaklumkan lagi,” katanya pada sidang media khas bersama beberapa pemimpin dan ahli PKR Bahagian Ampang hari ini.

Pada 29 Jan lalu, Hizwan mewakili Zuraida menghantar jawapan kepada surat tunjuk sebab bertarikh 15 Jan pada hari terakhir tempoh 14 hari yang diberikan kepadanya.

Lembaga Disiplin PKR dilapor memulakan siasatan ke atas pelbagai aduan salah laku membabitkan ahli dan pemimpin parti itu, termasuk Zuraida yang dipercayai berkait insiden ketika dan selepas Kongres Nasional PKR di Melaka 2 bulan lalu.

Zuraida sebelum ini didakwa menghina ahli parti itu dan mendedahkan butiran perbualannya dengan Anwar ketika berucap dalam satu majlis makan malam pada 8 Dis lalu.

Beliau mendakwa Anwar cuba meyakinkannya salah seorang lelaki dalam video seks sejenis yang tersebar Jun tahun lalu ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Ketua Wanita Pakatan Harapan itu turut mendakwa penilaian Anwar dilihat terjejas akibat pengaruh “budak pampers” dan “gengster” dalam parti yang merujuk Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil serta Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Sementara itu, Hizwan berkata, Zuraida akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Katanya, Zuraida turut menghantar surat kepada Lembaga Displin untuk menangguhkan “tindakan lanjut” selepas menerima 2 surat tindakan undang-undang daripada Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

“Kedua-dua isi kandungan surat tersebut serupa seperti mana pertuduhan kepada Zuraida dalam surat notis tunjuk sebab oleh Lembaga Displin.”

Katanya, peguam Zuraida sedang meneliti dan akan mengambil tindakan lanjut berhubung tindakan undang-undang Farhash dan Saifuddin.

“Jadi, lebih molek (beliau meminta penangguhan itu supaya) tidak berlaku sebarang pertindahan dan konflik.” lapor FMT



Sobat baru saja selesai membaca :

Zuraida Mohon Cuti Daripada Tugas Naib Presiden PKR

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Zuraida Mohon Cuti Daripada Tugas Naib Presiden PKR dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Zuraida Mohon Cuti Daripada Tugas Naib Presiden PKR link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2020/02/zuraida-mohon-cuti-daripada-tugas-naib.html

Subscribe to receive free email updates: