Ini Jawapan Kenapa SPR Pilih 16 Nov Sebagai Tarikh PRK Tg Piai..

Ini Jawapan Kenapa SPR Pilih 16 Nov Sebagai Tarikh PRK Tg Piai.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Ini Jawapan Kenapa SPR Pilih 16 Nov Sebagai Tarikh PRK Tg Piai.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Berita, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Ini Jawapan Kenapa SPR Pilih 16 Nov Sebagai Tarikh PRK Tg Piai..
link : Ini Jawapan Kenapa SPR Pilih 16 Nov Sebagai Tarikh PRK Tg Piai..

Baca juga


Ini Jawapan Kenapa SPR Pilih 16 Nov Sebagai Tarikh PRK Tg Piai..


SPR pagi tadi mengumumkan tarikh penamaan calon bagi parlimen itu pada 2 November manakala hari mengundi pula pada 16 November ini menyebabkan UMNO dan MCA tak puas hati.. 

Kerana Perhimpunan Agung Umno yang akan berlangsung dari 13 hingga 16 November dan MCA pula ada 2 dan 3 November.

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tarikh PRK parlimen Tanjung Piai yang ditetapkan SPR itu.
“Dalam banyak-banyak tarikh yang ada, SPR mempunyai pilihan yang banyak tetapi dengan sengaja pilih tarikh itu. 
“Kita anggap SPR seperti mempunyai niat yang tidak berapa baik terhadap salah satu parti yang sudah tentu akan terlibat dalam pilihan raya tersebut,” katanya.
Manakala MCA yang mempersoalkan pemilihan tarikh mengundi dan tempoh berkempen kerana tarikh itu bertembung dengan perhimpunan agung parti itu.
“Kalau dari sudut matematik, ini soalan kebarangkalian! 
“Hitungkan kebarangkalian PRK Tanjung Piai bertembung dengan Perhimpunan Agung MCA dan Umno. 
“Jawapannya ialah 0.00000001 (peratus),” katanya.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun menafikan dakwaan mereka itu kononnya beliau sengaja memilih tarikh yang sama dengan perhimpunan agung Umno dan MCA.

“SPR mempunyai 60 hari dari tarikh kekosongan yang ditetapkan untuk laksanakan pilihan raya kecil (PRK) ini. Tempoh 60 hari ini tamat pada 23 November.

“Cuti mingguan Johor ialah Jumaat dan Sabtu. PRK tidak patut diadakan pada Jumaat kerana umat Islam wajib sembahyang Jumaat. Hari Ahad pula ialah hari bekerja di Johor. Jadi, cuma hari Sabtu yang boleh digunakan untuk PRK ini.

“Dari hari tersebut, terdapat lapan hari Sabtu yang boleh diadakan PRK. Mari kita selidiki kesesuaian tarikh tarikh ini,” katanya.

Beliau seterusnya memberi lima senario berhubung tarikh-tarikh yang dicadangkan itu.

"(Hari) pencalonan pada 5 Oktober dan hari mengundi pada 19 Oktober. Ini tidak sesuai kerana 5 Oktober adalah Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar. 
"(Hari) pencalonan pada 12 Oktober dan hari mengundi pada 26 Oktober . Ini juga tidak sesuai kerana sambutan Deepavali adalah pada 27 Oktober. Tempoh berkempen juga akan berada sepanjang tempoh cuti Deepavali," katanya. 
Manakala hari pencalonan pada 19 Oktober dan hari mengundi pada 2 November juga tidak sesuai. 
Ini kerana menurut Azhar, tempoh berkempen turut berada di dalam masa cuti Deepavali.

Lagipun, katanya jika hari mengundi adalah pada 2 November, maka undi awal terpaksa dijalankan pada 28 Oktober, iaitu sehari selepas cuti Deepavali. 
“Jadi yang tinggal hanyalah penamaan calon pada 2 November dan hari mengundi pada 16 November. 
“Itulah tarikh yang paling sesuai setelah mengambil kira faktor-faktor cuti umum dan fakta bahawa hari minggu Johor ialah Jumaat dan Sabtu,” katanya. 
Menurut Azhar, SPR tidak mahu mengadakan PRK pada Sabtu minggu berikutnya iaitu 23 November kerana ia adalah hari terakhir dalam tempoh 60 hari. 
Katanya, ini akan memberi margin tujuh hari sekiraya berlaku apa-apa yang tidak terduga yang menyebabkan PRK tidak dapat dijalankan pada 16 November,” katanya. 
Menurutnya, SPR tidak berniat untuk menyusahkan pihak pembangkang, khususnya, Umno dan MCA yang akan mengadakan perhimpunan agung parti masing-masing pada tarikh berkenaan. 
“(Justeru), segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya.
Sumber laporan dari SINI


Sobat baru saja selesai membaca :

Ini Jawapan Kenapa SPR Pilih 16 Nov Sebagai Tarikh PRK Tg Piai..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Ini Jawapan Kenapa SPR Pilih 16 Nov Sebagai Tarikh PRK Tg Piai.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Ini Jawapan Kenapa SPR Pilih 16 Nov Sebagai Tarikh PRK Tg Piai.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/10/ini-jawapan-kenapa-spr-pilih-16-nov.html

Subscribe to receive free email updates: