Judul : Lagi Janji PH, Tiada 'terbiar, tidak mencapai kemajuan, miskin, hidup papa dan susah.'
link : Lagi Janji PH, Tiada 'terbiar, tidak mencapai kemajuan, miskin, hidup papa dan susah.'
Lagi Janji PH, Tiada 'terbiar, tidak mencapai kemajuan, miskin, hidup papa dan susah.'
Muhyiddin menyampaikan surat kelulusan pemohonan taraf kewarganegaraan kepada Zahara Dewa, 83 tahun, pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni di Bulan Ramadan di Masjid Jamek Nurul Yakin Gugusan Felda Maokil Labis, 17 Mei, 2019. --fotoBERNAMA
Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara
MUAR: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyasarkan seawal 10 tahun bagi memperbaiki kepincangan yang berlaku dalam negara terutama dari segi penguasaan ekonomi dalam kalangan masyarakat.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dengan adanya inisiatif "Kemakmuran Bersama", yang diperkenalkan kerajaan baru-baru ini, tidak akan ada satu kelompok dalam masyarakat pun, tidak kira datang dari mana pun, akan tertinggal, terbiar, tidak mencapai kemajuan, miskin, hidup papa dan susah.
"Maka sebab itulah, dengan adanya pandangan baru (Kemakmuran Bersama) yang telah dikemukakan, kerajaan kita harap dalam tempoh 10 tahun, seawal-awalnya 10 tahun, kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dan negara kita, terutama dari segi penguasaan ekonomi akan dapat kita perbaiki," kata beliau pada Program Penerapan Nilai-Nilai Murni pada Bulan Ramadan di luar Masjid Jamek Nurul Yakin, Gugusan Felda Maokil, dekat sini, hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu memperlihatkan bahawa kerajaan memahami akan tanggungjawab dalam memastikan tahap penguasaan ekonomi dalam negara dapat dilakukan menerusi pertandingan yang sihat.
"Supaya nanti tidak adalah kelompok yang maju dan dapat menguasai satu bidang yang jauh ke hadapan dan ada satu kelompok, kumpulan dalam masyarakat yang terpaksa tinggal jauh di belakang," kata Ahli Parlimen Pagoh itu.
Justeru itu, beliau mengingatkan rakyat agar sedar dengan tugas dan tanggungjawab yang masih besar terutamanya masyarakat Islam supaya meningkatkan semangat bekerja serta mengambil peranan dan tanggungjawab terutama sempena bulan Ramadan yang mulia ini, agar tidak ketinggalan.
Muhyiddin, yang juga Ahli Dewan Undangan negeri Gambir itu berkata, meskipun pelbagai kejayaan telah dicapai umat Islam di negara ini, masih banyak lagi usaha dan kejayaan yang boleh dicapai dalam pelbagai bidang.
Yang turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.
Pada majlis itu, Muhyiddin menyampaikan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan kepada sembilan individu selain bantuan berbentuk barang keperluan dan duit raya kepada kira-kira 100 asnaf terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang tidak berkemampuan.
-- BERNAMA
Sobat baru saja selesai membaca :
Lagi Janji PH, Tiada 'terbiar, tidak mencapai kemajuan, miskin, hidup papa dan susah.'
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Lagi Janji PH, Tiada 'terbiar, tidak mencapai kemajuan, miskin, hidup papa dan susah.' dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Lagi Janji PH, Tiada 'terbiar, tidak mencapai kemajuan, miskin, hidup papa dan susah.' link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/05/lagi-janji-ph-tiada-terbiar-tidak.html