Judul : 'Kartel dedak' Macam Flem Hitam Putih
link : 'Kartel dedak' Macam Flem Hitam Putih
'Kartel dedak' Macam Flem Hitam Putih
MARANG: Isu ‘kartel dedak’ yang dihangatkan oleh portal media sosial seperti Malaysiakini, itu tidak menjejaskan PAS kerana isu lama yang telah selesai dimainkan semula.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, cabaran yang lebih besar pernah dihadapi oleh PAS sejak lebih 60 tahun penubuhannya tetapi parti itu masih selamat.
Katanya, tuduhan kepada PAS sebelum ini melibatkan dana RM90 juta kini telah berubah kepada isu RM1.4 juta pula.
“Kita menghadapi cabaran yang lebih besar daripada itu lagi. Oleh kerana, kita telah berjaya lepas dari segi siasatan itu, dengan sebab itu tidak perlu diungkitkan lagi.
“Dari RM90 juta turun kepada RM1.4 juta, makin turun dan makin turun lagi. Kita anggap itu macam ‘Pepsi Cola’ sahaja. Dia akan meletup semasa buka tudung (botol) sahaja. Selepas itu dia akan hilanglah, insya-Allah.
“Kita anggap itu cerita lama yang telah selesai semasa pilihan raya. Jika ada timbul pula itu macam filem lamalah, lagu lama, hitam putih,” jelasnya.
Beliau menjawab pertanyaan pemberita, adakah isu ‘kartel dedak’ itu menjejaskan PAS, selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila, hari ini.
Menjawab gesaan Presiden PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim agar PAS menjelaskan isu kartel dedak kerana melibatkan kepentingan awam, kata Presiden PAS itu telah selesai.
Menurutnya, isu kartel dedak itu dianggap telah selesai kerana beberapa nama terbabit telah disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, hasil siasatan itu mendapati tiada apa yang berlaku melibatkan kesalahan undang-undang.
“Itu sudah disiasat oleh SPRM, sudah ada yang dipanggil dan sudah ada kenyataan SPRM. Tak ada apa-apa hal yang berlaku melibatkan undang-undang, Alhamdulillah. Kita selamat.
“Cuma kita minta SPRM siasat juga dia. Sebab, kita ada dapat maklumat dia ada dapat duit luar negeri. Minta supaya SPRM siasat sejauh mana PH ini dapat bantuan dana luar negeri.
“Kita dapat maklumat ada usaha-usaha nak beli wakil rakyat pun ada,” tegasnya merujuk kepada dana yang diperolehi oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
Selain itu, menyentuh isu Lembaga Jawatankuasa Disiplin PAS katanya, hukuman kesalahan disiplin parti tidak mengira siapa pelakunya.
“Kita serah kepada Lembaga Jawatankuasa Disiplin, PAS ada Jawatankuasa Disiplin dia. Bila ada pengaduan dari mana-mana negeri atau kawasan. Disiplin akan panggil dia.
“Memang kita pernah menghadapi hal-hal yang lebih berat daripada itu pun, dalam krisis sepanjang lebih 60 tahun PAS ditubuhkan.
“Kita menghadapi macam-macam hal dan ada yang kita ambil tindakan disiplin sebagai langkah pencegahan. Itu terserah kepada kebijaksanaan Jawatankuasa Disiplin.
“Tak kira siapalah, yang buat kenyataan parti ini pemimpin partilah. Dia bukan pimpinan utama parti,” jelasnya. - HARAKAHDAILY 17/5/2019
Sobat baru saja selesai membaca :
'Kartel dedak' Macam Flem Hitam Putih
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 'Kartel dedak' Macam Flem Hitam Putih dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 'Kartel dedak' Macam Flem Hitam Putih link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/05/kartel-dedak-macam-flem-hitam-putih.html