Judul : Bantah Hina Islam, 3 Nama Henry Hiung, Sally Yen, Sarkar Tanesen.
link : Bantah Hina Islam, 3 Nama Henry Hiung, Sally Yen, Sarkar Tanesen.
Bantah Hina Islam, 3 Nama Henry Hiung, Sally Yen, Sarkar Tanesen.
Ribuan rakyat berhimpun bantah hina Islam.
KOTA BHARU: Biarpun Eropah negara minoriti umat Islam, namun hukuman berat dikenakan terhadap mereka yang didapati menghina Nabi Muhammad SAW.
Begitu juga pernah berlaku di Denmark di mana pemimpin negara itu berdepan kebangkitan rakyat Muslim membantah tindakan seorang penduduk menghina Islam.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, lebih malang lagi apabila perkara seperti itu berlaku di Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.
Katanya, umat Islam di negara ini menuntut tindakan tegas daripada kerajaan terhadap mereka yang menghina Islam.
“Namun apa yang berlaku sekarang orang yang menghina dibebaskan selepas ditahan pihak berkuasa.
“Kami menuntut orang yang menghina Islam jangan dibebas. Umat Islam menuntut hukuman yang lebih berat,” katanya pada himpunan membantah penghinaan terhadap Islam di Medan Ilmu hari ini.
Ribuan menyertai himpunan tersebut, diadakan selepas kuliah pagi Jumaat. Turut menyampaikan ucapan wakil Dewan Ulamak Kota Bharu, Ustaz Azahari Abdul Rahman, wakil Pemuda Kota Bharu, Ustaz Abdul Malek, wakil muslimat dan mahasiswa.
Ketika doa akhir pada himpunan itu yang dibaca Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Tuan Saripuddin Tuan Ismail, sekumpulan burung berterbangan di kawasan itu.
Baru-baru ini, tular di media sosial tiga individu mempersendakan Islam dan Nabi Muhammad SAW termasuk yang menggunakan nama Henry Hiung, Sally Yen dan Sarkar Tanesen. - HARAKAHDAILY 1/3/2019
Sobat baru saja selesai membaca :
Bantah Hina Islam, 3 Nama Henry Hiung, Sally Yen, Sarkar Tanesen.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bantah Hina Islam, 3 Nama Henry Hiung, Sally Yen, Sarkar Tanesen. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Bantah Hina Islam, 3 Nama Henry Hiung, Sally Yen, Sarkar Tanesen. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/03/bantah-hina-islam-3-nama-henry-hiung.html