Judul : Semenyih: Tanding 4 Penjuru.
link : Semenyih: Tanding 4 Penjuru.
Semenyih: Tanding 4 Penjuru.
(Dari kiri) Calon PSM, Nik Aziz Afiq Abdul; Calon Bebas, Kuan Chee Heng; Calon PH, Muhammad Aiman Zainali dan Calon BN, Zakaria Hanafi bergambar bersama pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih di perkarangan Dewan Sri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, Kajang. - Foto Asyraf Hamzah
KAJANG: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih menyaksikan saingan empat penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali; calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi; calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul serta calon Bebas, Kuan Chee Heng.
Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing sebelum tempoh sejam penamaan calon tamat tepat jam 10 pagi tadi.
Pengumuman rasmi calon yang bertanding dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar setengah jam selepas tempoh pencalonan ditutup, dengan calon PH mendapat sorakan gemuruh.
Terdahulu, Muhammad Aiman, 30, yang pertama menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.03 pagi diikuti Zakaria, 58, pada jam 9.05 pagi manakala Chee Heng, 56, dan Nik Aziz, 25, pada jam 9.10 pagi.
Ribuan penyokong parti bertanding memenuhi perkarangan Dewan Sri Cempaka MPKj seawal jam 7 pagi mengiringi calon masing-masing.
Beberapa pemimpin utama PH bersama mengiringi calon mereka termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali; Menteri Kewangan yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Pemimpin BN pula termasuk Timbalan Pengerusinya yang juga Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.
Proses penamaan calon PRK DUN Semenyih berlangsung di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan tempoh masa satu jam diberikan SPR bagi semua calon mengemukakan Kertas Penamaan Calon masing-masing.
PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada PH pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.
Bakhtiar mengalahkan wakil rakyat dua penggal di kawasan itu, Datuk Johan Abd Aziz daripada BN dengan 23,428 undi pada PRU-14.
Hari mengundi bagi PRK Semenyih diadakan pada 2 Mac ini dengan hari pengundian awal ditetapkan pada 26 Februari ini. (BH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Semenyih: Tanding 4 Penjuru.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Semenyih: Tanding 4 Penjuru. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Semenyih: Tanding 4 Penjuru. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/02/semenyih-tanding-4-penjuru.html