Judul : Menteri Pelakon Terbaik,Bukan Pembela Petani. Air Mata Buaya..
link : Menteri Pelakon Terbaik,Bukan Pembela Petani. Air Mata Buaya..
Menteri Pelakon Terbaik,Bukan Pembela Petani. Air Mata Buaya..
Lakonan Menteri menangis cuba perbodohkan pesawah dan petani
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub diminta agar tidak memperbodoh-bodohkan golongan pesawah apabila menangis teresak-esak di hadapan orang ramai dalam satu majlis di Selangor, semalam, sedangkan tiada tindakan khusus dilakukan pihak kerajaan setakat ini bagi membantu golongan berkenaan.
Sehubungan itu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Kedah (PPNK), Datuk Abdul Lateh Mohd. Saman menggesa supaya Salahuddin menghentikan segera ‘lakonan’ tersebut yang disifatkan cuba meraih publisiti, kerana golongan petani dan pesawah bukanlah mudah untuk dipermain-mainkan seperti itu.
Menurut beliau, sehingga kini, bukan sahaja pelbagai insentif terhadap golongan berkenaan disekat malah isu pemberian subsidi baja pun gagal diselesaikan pihak kementerian.
“Sepatutnya Menteri (Salahuddin) dianugerahkan ‘pelakon’ terbaik dan bukannya pembela golongan petani. Lebih baik panggil pegawai-pegawai di seluruh negara untuk melihat Menteri berlakon.
“Adakah ini ‘lakonan’ untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih tidak lama lagi? Sebelum ni pemimpin-pemimpin Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) buat surat hendak jumpa (Menteri) pun tidak berjawab.
“Kalau setakat ‘menangis’ sahaja, tiada apa yang dapat diselesaikan melainkan untuk mendapatkan undi. Ingatlah bahawa kamu (Menteri) ada kuasa untuk menentikan nasib petani dan pesawah,” katanya di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas gambar Salahuddin yang menangis teresak-esak ketika membacakan sekeping surat luahan hati daripada seorang pesawah di atas pentas dalam Majlis Pelancaran Hala Tuju kementerian itu di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor, semalam.
Dengan iringan bunyi seruling yang meruntun hati, Salahuddin menangis setelah membaca beberapa baris pertama surat tersebut yang antara lain menegur kementeriannya yang dianggap melupakan kebajikan para petani, pesawah, peneroka dan nelayan di negara ini.
Perbuatan Salahuddin itu walau bagaimanapun dibidas pelbagai pihak kerana dikatakan cuba meraih publisiti ekoran masih ramai golongan petani, pesawah dan penoreh getah yang dihimpit kesusahan ekoran pelbagai bantuan dan insentif disekat.
Perkara itu dibuktikan apabila hampir setiap hari akhbar Utusan Malaysia melaporkan nasib golongan berkenaan yang kebanyakannya terpaksa hidup ala kadar dan di bawah garis kemiskinan, disebabkan pendapatan hasil pertanian yang merosot manakala kos input pertanian pula terus meningkat. – UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Maka, mengalirlah air mata buaya. Mengapa dikatakan begitu, kerana:
- Sikap PH tidak membela petani miskin tertindas, PH hanya membela kapitalis buncit kekenyangan. "...sehingga kini, bukan sahaja pelbagai insentif terhadap golongan berkenaan disekat malah isu pemberian subsidi baja pun gagal diselesaikan pihak kementerian.
- "lakonan’ untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih"...
- "Dengan iringan bunyi seruling yang meruntun hati, Salahuddin menangis setelah membaca beberapa baris pertama surat tersebut yang antara lain menegur kementeriannya yang dianggap melupakan kebajikan para petani, pesawah, peneroka dan nelayan di negara ini."
Maka mengalirlah air mata buaya...
Hibur, hibur sikit...
Sobat baru saja selesai membaca :
Menteri Pelakon Terbaik,Bukan Pembela Petani. Air Mata Buaya..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Menteri Pelakon Terbaik,Bukan Pembela Petani. Air Mata Buaya.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Menteri Pelakon Terbaik,Bukan Pembela Petani. Air Mata Buaya.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/02/menteri-pelakon-terbaikbukan-pembela.html