Judul : Tarif Air: PH Memalukan -Khalid Ibrahim
link : Tarif Air: PH Memalukan -Khalid Ibrahim
Tarif Air: PH Memalukan -Khalid Ibrahim
ABDUL KHALID IBRAHIM
KUALA LUMPUR 24 Jan. - Kenyataan Menteri Tanah, Air dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar yang meminta rakyat menunjukkan rasa belas kasihan kepada kerajaan berhubung kenaikan tarif air disifatkan sebagai memalukan.
Ini kerana kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama ini begitu dikenali dengan laungan atau slogan peduli rakyat.
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan yang jujur akan meletakkan kepentingan rakyat dari awal perancangan dan bukannya hanya mengikut rentak serta telunjuk ahli korporat.
“Memang benar, ahli politik hendaklah pandai bercakap dan mengkritik tetapi kebolehan itu sahaja tidak cukup untuk mengurus sumber ekonomi dengan bijak.
“Tanggungjawab tersebut memerlukan pemahaman serta komitmen untuk mengambil langkah-langkah bijak bagi memastikan rakyat mendapat pulangan terbaik,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.
Dr. Xavier semalam berkata rakyat perlu melihat keputusan menaikkan tarif air sebagai satu tanggungjawab dan mereka wajar menunjukkan rasa belas kasihan kepada kerajaan.
Katanya, ini kerana kos utiliti air yang ditanggung kini adalah sangat tinggi dan semua itu menggunakan peruntukan kerajaan.
Abdul Khalid turut mempersoalkan apakah perlu rakyat berkorban dan menanggung beban hanya kerana kesalahan ahli politik yang mengambil langkah sumbang? – UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Tarif Air: PH Memalukan -Khalid Ibrahim
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tarif Air: PH Memalukan -Khalid Ibrahim dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tarif Air: PH Memalukan -Khalid Ibrahim link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/tarif-air-ph-memalukan-khalid-ibrahim.html