Saranan LGM Tak Bantu Penoreh Musim Hujan

Saranan LGM Tak Bantu Penoreh Musim Hujan - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Saranan LGM Tak Bantu Penoreh Musim Hujan, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Saranan LGM Tak Bantu Penoreh Musim Hujan
link : Saranan LGM Tak Bantu Penoreh Musim Hujan

Baca juga


Saranan LGM Tak Bantu Penoreh Musim Hujan



KL: Saranan supaya pekebun kecil getah menggunakan beberapa teknik pada musim tengkujuh masih tidak melepaskan golongan tersebut daripada masalah sebenar dihadapi.
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, cadangan diberikan masih memerlukan pekebun mengeluarkan modal dan tidak praktikal.
Beliau merujuk saranan Lembaga Getah Malaysia (LGM) supaya pekebun menggunakan teknik torehan lewat, torehan ganti dan alat pelindung hujan untuk meningkatkan jumlah hari menoreh.
Teknik tersebut dikemukakan Ketua Pengarah LGM, Dr Zairossani Mohd Nor untuk dilaksanakan waktu musim tengkujuh dalam satu ulasannya yang disiarkan semalam.
Menurut Sanusi, walaupun ada negara melaksanakan teknik sedemikian, tetapi ia hanya untuk uji kaji sahaja sebagaimana oleh Vietnam melibatkan alat pelindung hujan.
"Teknik ini tidak boleh dikomersil atau dimanfaatkan oleh pekebun kecil kerana memerlukan kos. Boleh tunjukkan di mana kebun di Malaysia pakai teknik ini dengan biaya pekebun?
"Berapa beza pendapat antara yang menggunakan teknik ini dengan pekebun yang tidak gunakan? Masa musim kemarau pula nak pakai apa?" pintanya yang juga Adun Jeneri untuk pembuktian.
Sedangkan untuk torehan lewat yang disaran itu terang beliau, hanya dapat dibuat selepas batang pokok kering, kerana hujan akan mencairkan susu dalam bekasnya menyebabkan susu tidak beku.
Tegasnya, isu paling besar perlu ditangani agensi itu dan pihak kerajaan memerintah adalah mengenai harga semasa yang begitu rendah dan tidak membantu para penoreh.
Jelas beliau, harga lantai yang menggunakan kaedah Intensif Pengeluaran Getah (IPG) memerlukan penoreh menuntut di LGM di mana perjalanan jauh ditempuh menyebabkan kos.
Menurutnya, IPG telah diumum pada 10 Oktober 2014 dengan peruntukan RM100 juta untuk Belanjawan 2015 dengan tuntutan secara mengemukakan resit rasmi jualan dan kad permit.
Tetapi kata beliau, hanya RM12 juta sempat dikeluarkan di mana selepas kemalangan helikopter mengorbankan Timbalan Menteri berkaitan, sejak itu tiada pembayaran lagi.
"Jadi lebih baik permudahkan urusan tuntutan harga lantai yang telah diumumkan Kerajaan PH daripada cadangan teknik tadi. Harga lantai patutnya RM4, kalau tak mampu juga beri RM3.
"Harga sekarang bukan sahaja membebankan penoreh masa musim tengkujuh, tetapi juga masa musim kemarau," ujarnya kesal. -HARAKAHDAILY 5/1/2019



Sobat baru saja selesai membaca :

Saranan LGM Tak Bantu Penoreh Musim Hujan

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Saranan LGM Tak Bantu Penoreh Musim Hujan dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Saranan LGM Tak Bantu Penoreh Musim Hujan link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/saranan-lgm-tak-bantu-penoreh-musim.html

Subscribe to receive free email updates: