Judul : Petani Rugi RM120,000 Akibat Kegiatan Lombong Pasir
link : Petani Rugi RM120,000 Akibat Kegiatan Lombong Pasir
Petani Rugi RM120,000 Akibat Kegiatan Lombong Pasir
KUALA LANGAT – Seramai 50 petani di Kampung Olak Lempit di sini mengalami kerugian hampir RM120,000 susulan banjir akibat perlombongan pasir.
Seorang petani, Zulkarnain Hamid, 58, berkata, banjir tersebut telah berlaku selama empat hari bermula 15 Disember tahun lalu sedalam 0.5 meter mengakibatkan tanaman diusahakan mereka musnah dalam sekelip mata.
Katanya, tanaman tersebut termasuk keladi, nenas, ubi kayu dan cili yang diusahakan melalui modal mereka sendiri.
“Saya tidak tahu sama ada aktiviti perlombongan tersebut dibenarkan oleh pihak berkuasa atau tidak.
“Apa yang paling dikesalkan adalah kami tiada saluran untuk mengadu berikutan ketiadaan ketua kampung sejak enam bulan lalu,” katanya ketika ditemui di kampung tersebut di sini hari ini.
Menurut Zulkarnain, lebih memberikan kesan kepada mereka apabila mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah langsung tidak melawat mereka walaupun pemasalahan itu telah disuarakan kepada beliau.
“Kami kecewa dengan ADUN tersebut yang langsung tidak mempedulikan nasib kami,” katanya.
Sementara itu, Penolong Jurutera Jabatan Pengairan Selangor bagi Daerah Kuala Langat, Bohari Osman ketika ditemui Kosmo! Online memberitahu, siasatan pihaknya mendapati banjir berlaku susulan air hujan yang tinggi dan aktiviti pelombongan pasir yang mengepam air ke lombong lama berdekatan kawasan tanaman pertanian sehingga berlaku limpahan air.
“Limpahan itu mengakibatkan keluasan dan kedalaman parit tanah gambut di kawasan tersebut gagal menampungi air.
“Kita juga tidak dapat mengesahkan sama ada perlombongan itu dijalankan secara sah atau haram berikutan di luar bidang kuasa kami,” katanya. – Kosmo!
Sobat baru saja selesai membaca :
Petani Rugi RM120,000 Akibat Kegiatan Lombong Pasir
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Petani Rugi RM120,000 Akibat Kegiatan Lombong Pasir dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Petani Rugi RM120,000 Akibat Kegiatan Lombong Pasir link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/petani-rugi-rm120000-akibat-kegiatan.html