Judul : Pemilik Restoran Bukan Islam, Jangan Gantung Ayat Quran Kalau...
link : Pemilik Restoran Bukan Islam, Jangan Gantung Ayat Quran Kalau...
Pemilik Restoran Bukan Islam, Jangan Gantung Ayat Quran Kalau...
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam semasa melakukan operasi penguatkuasaan di premis restoran sekitar Bandar Bukit Tinggi, Klang, pada Rabu.
KELANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah memberi amaran kepada pemilik restoran di negeri ini terutamanya yang bukan Islam agar tidak menggantung ayat Al-Quran sekiranya tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Selangor, Azman Adam berkata, ini berikutan ia mampu mendatangkan kekeliruan khususnya kepada umat Islam.
"Isu ini dipandang oleh KPDNHEP dan agensi berkaitan, tahun lepas kita terima 22 aduan laporan pengguna mengenai halal, daripada 22 ada enam kes berkaitan halal.
"Kita nasihatkan kepada pengurus restoran agar mereka elakkan daripada membuat sebarang representasi yang boleh memperdaya dan mengelirukan pengguna seolah-olah kedai itu menjual makanan atau minuman halal," katanya kepada pemberita semasa melakukan operasi penguatkuasaan di premis restoran sekitar Bandar Bukit Tinggi di Kelang, pada Rabu.
Operasi berkenaan turut disertai seramai 38 pegawai dari pelbagai agensi seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
Dalam operasi sama, sebanyak tiga restoran dikenakan tindakan atas kesalahan kebersihan, halangan dan tidak memenuhi syarat SSM. Dalam pada itu, sebanyak tiga restoran di sekitar Banting telah diarahkan tutup serta merta kerana masalah kebersihan dan penandaan harga dalam operasi yang dilakukan di Banting pada Selasa.
Terdahulu, isu penggantungan ayat Al-Quran di restoran yang tidak mempunyai sijil halal tular di laman media sosial setelah sebuah restoran di Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam diarah menurunkan ayat Al-Quran yang digantung atas alasan tidak mempunyai sijil halal.
Mengulas lanjut, Azman berkata premis restoran tidak memerlukan sijil halal untuk beroperasi namun sekiranya mahu menggunakan sesuatu berkaitan dengan halal mereka perlukan sijil tersebut.
"Kalau tiada sijil halal mereka tak layak gunakan apa-apa yang berkaitan dengan halal.
Pengguna yang ada masalah isu halal boleh hubungi agensi tertentu seperti JAIS bagi mendapatkan maklumat atau membuat sebarang aduan," jelas beliau. (AA)
Sobat baru saja selesai membaca :
Pemilik Restoran Bukan Islam, Jangan Gantung Ayat Quran Kalau...
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pemilik Restoran Bukan Islam, Jangan Gantung Ayat Quran Kalau... dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pemilik Restoran Bukan Islam, Jangan Gantung Ayat Quran Kalau... link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/pemilik-restoran-bukan-islam-jangan.html