Judul : Mesir Sendiri Bongkar Bersama Israel Perangi Kumpulan Di Sinai.
link : Mesir Sendiri Bongkar Bersama Israel Perangi Kumpulan Di Sinai.
Mesir Sendiri Bongkar Bersama Israel Perangi Kumpulan Di Sinai.
El-Sisi bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam pertemuan pada 2018
Mesir, Israel bekerjasama perangi kumpulan bersenjata di Sinai
KAHERAH, 29 Rabiulakhir 1440H, Ahad – Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi mengakui Kaherah bekerjasama dengan rejim Israel dalam kempen memerangi kumpulan bersenjata di Semenanjung Sinai.
Pengakuan itu dibuat pada sesi wawancara dengan stesen televisyen CBS News, tiga bulan lalu, tetapi disiarkan hari ini.
Pada masa sama, El-Sisi turut menafikan terdapat 60,000 tahanan politik di Mesir, selepas beliau mengambil alih kuasa pemerintahan dengan menggulingkan presiden yang dipilih secara demokrasi, Mohamed Morsi.
Terdahulu CBS News menolak permintaan Mesir untuk tidak menyiarkan wawancara itu. Stesen televisyen itu juga tidak menyatakan bahagian mana dalam wawancara itu yang ditolak oleh Kaherah, tetapi perjanjian damai 1979 menjadi isu yang diperdebatkan.
Tahun lalu, tentera Mesir menafikan mereka bekerjasama dengan rejim Tel Aviv dalam memerangi kumpulan bersenjata di utara Sinai – wilayah padang pasir yang bersempadan dengan Israel dan Semenanjung Gaza.
Dalam siaran itu, Presiden Mesir diajukan soalan apakah kerjasama dengan Israel dibuat di antara dua musuh yang dahulunya pernah berperang, dan el-Sisi menjawab:
“Itu benar … Kami memeterai banyak kerjasama dengan Israel.”
Rejim Israel secara terbuka memuji kerjasama keselamatan dengan el-Sisi, sehingga membolehkan mereka menempatkan pasukan tentera dan menyerang kedudukan kumpulan bersenjata di wilayah Mesir.
Sejak merampas kuasa pada 2014, el-Sisi dua kali bertemu dan berbincang dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Al-Sisi: Tentara Mesir dan Israel Akan Bekerjasama di Sinai.
Presiden Abdul Fattah al-Sisi bersama Israel memerangi Sinai..
Mengenai tahanan politik yang didedahkan kumpulan pemantau hak asasi manusia, el-Sisi menafikan wujud dakwaan itu.
“Tidak ada tahanan politik di Mesir. Apabila ada satu kumpulan minoriti yang cuba menyebarkan ideologi ekstrem mereka, kita perlu campur tangan tanpa mengira jumlah mereka,” katanya. – Agensi
Sobat baru saja selesai membaca :
Mesir Sendiri Bongkar Bersama Israel Perangi Kumpulan Di Sinai.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mesir Sendiri Bongkar Bersama Israel Perangi Kumpulan Di Sinai. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Mesir Sendiri Bongkar Bersama Israel Perangi Kumpulan Di Sinai. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/mesir-sendiri-bongkar-bersama-israel.html