Judul : KPKT Belum Luluskan Pemberian AP Sisa Plastik.
link : KPKT Belum Luluskan Pemberian AP Sisa Plastik.
KPKT Belum Luluskan Pemberian AP Sisa Plastik.
Longgokan sisa plastik di salah sebuah kilang haram. - Gambar hiasan
SUNGAI PETANI - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) masih belum meluluskan sebarang pemberian lesen import (AP) bagi sisa plastik kepada mana-mana syarikat sejak ia dibekukan pada Julai tahun lepas.
Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, walaupun sebelum ini pihaknya menetapkan pemberian AP sisa plastik dihentikan untuk tempoh tiga bulan, sehingga kini kelulusan masih belum diberikan bagi memastikan setiap prosedur baharu yang ditetapkan KPKT dipatuhi pihak industri.
"Sebelum ini, terdapat 114 syarikat mempunyai AP sisa plastik, namun hanya 54 syarikat yang aktif dan daripada jumlah itu hanya lapan betul-betul mematuhi syarat ditetapkan. Sekarang semuanya kena mohon semula AP ikut prosedur dan syarat-syarat baharu.
"Selepas dibekukan dan permohonan untuk AP dibuka semula, hanya 19 syarikat memohon dan pihak saya akan meneliti betul-betul sama ada 19 syarikat ini layak diberi AP sisa plastik itu," katanya kepada pemberita selepas menyerbu sebuah kilang haram didakwa mengitar semula sisa plastik di Kawasan Perindustrian Sungai Petani di sini malam ini.
Beliau berkata, bagi pemilik kilang kitar semula sisa plastik yang beroperasi secara haram pada masa ini. Pihaknya memberi peluang kepada mereka untuk segera membuat permohonan AP, namun operasi mereka harus dihentikan segera sehingga mendapat lesen. - Bernama
Sobat baru saja selesai membaca :
KPKT Belum Luluskan Pemberian AP Sisa Plastik.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang KPKT Belum Luluskan Pemberian AP Sisa Plastik. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: KPKT Belum Luluskan Pemberian AP Sisa Plastik. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/kpkt-belum-luluskan-pemberian-ap-sisa.html