Judul : K/Wilayah, DBKL Benarkan Pusat Hiburan Beroperasi Hingga 3/5 Pagi.
link : K/Wilayah, DBKL Benarkan Pusat Hiburan Beroperasi Hingga 3/5 Pagi.
K/Wilayah, DBKL Benarkan Pusat Hiburan Beroperasi Hingga 3/5 Pagi.
KUALA LUMPUR – Pusat hiburan di ibu negara yang sebelum ini memiliki lesen beroperasi sehingga jam 3 atau 5 pagi akan dibenarkan meneruskan operasi masing-masing.
Sebanyak 672 pusat hiburan di Wilayah Persekutuan dibenarkan beroperasi, namun peraturan akan dipertingkat sekiranya gagal mematuhi syarat yang digariskan.
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, daripada jumlah itu hanya 24 pusat hiburan mempunyai lesen untuk beroperasi sehingga 5 pagi, manakala 118 pusat hiburan pula ditutup pada 3 pagi.
Katanya, pihaknya mencadangkan pusat hiburan yang beroperasi sehingga 2 pagi untuk ditutup sejam awal.
“ Selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk 11 Ahli Parlimen, kami bersetuju untuk membenarkan premis hiburan yang sebelum ini memiliki lesen operasi sehingga jam 3 atau 5 pagi, meneruskan perniagaan masing-masing.
“Pihak DBKL juga akan berbincang dengan pusat hiburan yang memiliki lesen sehingga jam 2 pagi supaya dapat menutup perniagaan pada jam 1 pagi seperti yang dicadangkan sebelum ini.
“Ini kerana kita akan menguatkuasakan waktu tutup operasi tidak lama lagi bagi memastikan pemilik premis hiburan menepati peraturan dan syarat operasi yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Persekutuan 2019 di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.
Terdahulu, pengumuman Kementerian Wilayah sebelum ini bagi semua pusat hiburan di Kuala Lumpur perlu menamatkan waktu operasi pada 1 pagi berkuat kuasa mulai Januari tahun ini mengundang reaksi tidak senang beberapa pihak. (Stv)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Diangkat dari..
- Lagi Pusat Hiburan Sebagai Pusat Tidak Menghibur (Sunday, February 28, 2010)
Fungsi pusat hiburan sekarang, menurut berita ini..
1. Menjadi premis hiburan menjalankan operasi tanpa lesen.
2. Menyalahgunakan syarat lesen dengan menggajikan wanita warga asing sebagai GRO.
3. Kegiatan tidak bermoral.
4. Tempatpenggunaan dan pengedaran pil khayal jenis Eramin 5 dan ecstasy.
5. Menyalahgunakan pas lawatan sosial.
6. banyak lagi kalau diperincikan.
Jelas fungsi pusat hiburan perlu diperbaiki, supaya benar-benar jadi tempat berhibur bukan sarang maksiat.
Sobat baru saja selesai membaca :
K/Wilayah, DBKL Benarkan Pusat Hiburan Beroperasi Hingga 3/5 Pagi.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang K/Wilayah, DBKL Benarkan Pusat Hiburan Beroperasi Hingga 3/5 Pagi. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: K/Wilayah, DBKL Benarkan Pusat Hiburan Beroperasi Hingga 3/5 Pagi. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/kwilayah-dbkl-benarkan-pusat-hiburan.html