Kini Bebas! Ahok Penghina Islam, Ingin Kahwin Muslimah Tapi Belum Masuk Islam. Apa Strategi?.

Kini Bebas! Ahok Penghina Islam, Ingin Kahwin Muslimah Tapi Belum Masuk Islam. Apa Strategi?. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Kini Bebas! Ahok Penghina Islam, Ingin Kahwin Muslimah Tapi Belum Masuk Islam. Apa Strategi?., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Kini Bebas! Ahok Penghina Islam, Ingin Kahwin Muslimah Tapi Belum Masuk Islam. Apa Strategi?.
link : Kini Bebas! Ahok Penghina Islam, Ingin Kahwin Muslimah Tapi Belum Masuk Islam. Apa Strategi?.

Baca juga


Kini Bebas! Ahok Penghina Islam, Ingin Kahwin Muslimah Tapi Belum Masuk Islam. Apa Strategi?.

Bebas dari penjara, Ahok tukar nama dan bakal kahwin
Ahok kini mahu dikenali sebagai BTP. - Reuters


JAKARTA: Selepas hampir dua tahun dipenjara akibat menghina Islam, bekas Gabenor Jakarta, Basuki “Ahok” Tjahaja Purnama melangkah bebas pada Khamis menuju perjalanan baharu dalam kehidupannya iaitu menjawat kerjaya baharu selain berkemungkinan bakal menamatkan zaman dudanya.

Selain fokus berkenaan, seiring pembebasan ini juga, lelaki berusia 52 tahun itu enggan lagi dikenali sebagai Ahok. 
Sebaliknya, beliau mahu menjenamakan semula personalitinya dengan panggilan BTP (singkatan bagi Basuki Tjahaja Purnama).

Sebelum ini, media tempatan melaporkan, BTP merancang untuk menjadi perunding pada kerajaan tempatan serta bakal menikahi kekasihnya gadis beragama Islam berusia 21 tahun yang dikenali sebagai Puput Nastiti Devi.
Imej yang berkaitan
Ahok dan bakal isterinya Puput Nastiti Devi.

Devi difahamkan merupakan pengawal peribadi bekas isteri BTP ketika lelaki itu menjawat jawatan Gabenor Jakarta. BTP bercerai dengan Veronica Tan selepas 20 tahun berkahwin dan perpisahan mereka ada kaitan dengan isu peribadi. Hasil perkahwinan itu, BTP dan Veronica dikurniakan tiga cahaya mata.

“BTP mempunyai banyak rancangan selepas pembebasanya. Dia akan mengahwini kekasihnya pada 15 Februari ini," kata ahli politik Prasetyo Edi Marsudi yang juga sahabat karib BTP kepada media sebelum ini.

Kata Prasetyo, BTP juga dilaporkan menerima undangan untuk berceramah di New Zealand, Jepun serta Eropah selain akan muncul dalam saluran YouTube atas nama BTP untuk 'menjana pendapatan'.

Berita pernikahan BTP bagaimanapun tidak dapat disahkan sehingga ke hari ini, namun jurucakap polis Indonesia memberitahu, Devi juga masih belum mengemukakan permohonan untuk berkahwin seperti yang dituntut dalam kerjaya pasukan seragam khususnya bagi pegawai sepertinya.

Kakak BTP, Fifi Lety Tjahaja Purnama juga memberitahu, keluarga mereka juga tidak dimaklumkan mengenai rancangan pernikahan itu. 
Fifi juga di laman Instagramnya menafikan, BTP sudah memeluk agama Islam untuk menikahi kekasihnya.

Awal pagi Khamis, sekumpulan penyokong BTP turut berhimpun di luar penjara sejak awal pagi sebagai tanda sokongan dan meraikan pembebasan beliau. 
BTP dihukum penjara selepas dijatuhkan hukuman penjara pada 9 Mei 2017 selepas didapati menghina Islam ketika kempen pilihan raya Gabenor pada bulan September 2016.

BTP yang berketurunan Cina dan beragama Kristian didapati bersalah apabila komennya yang mengkritik lawan tentang penggunaan al-Quran dalam kempen politik berkenaan dianggap menghina Islam sehingga mencetuskan situasi tegang di Indonesia.

Ikuti lanjutnya, apa strategi Ahok, dan siapa sebenarnya bakal isteri Ahok, Puput Nastiti Devi?  (IH Jakarta)



Sobat baru saja selesai membaca :

Kini Bebas! Ahok Penghina Islam, Ingin Kahwin Muslimah Tapi Belum Masuk Islam. Apa Strategi?.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kini Bebas! Ahok Penghina Islam, Ingin Kahwin Muslimah Tapi Belum Masuk Islam. Apa Strategi?. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Kini Bebas! Ahok Penghina Islam, Ingin Kahwin Muslimah Tapi Belum Masuk Islam. Apa Strategi?. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/kini-bebas-ahok-penghina-islam-ingin.html

Subscribe to receive free email updates: