Judul : Kesal Sikap Peguam Negara Biar Tohmahan Ke Atas Yang di-Pertua Agung. -PAS K'tan
link : Kesal Sikap Peguam Negara Biar Tohmahan Ke Atas Yang di-Pertua Agung. -PAS K'tan
Kesal Sikap Peguam Negara Biar Tohmahan Ke Atas Yang di-Pertua Agung. -PAS K'tan
Pas Kelantan kesal sikap Peguam Negara
KOTA BHARU 3 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan kesal pihak berwajib khususnya Peguam Negara yang membiarkan khabar angin dan tohmahan ke atas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V tersebar tanpa sebarang tindakan.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, menjadi tugas Peguam Negara untuk menyiasat dan bertindak kerana baginda adalah satu institusi yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan dan wajib dipertahankan kehormatannya.
“Perkara ini sudah lama berlaku, mula-mula ada satu, dua khabar angin, tetapi oleh kerana tiada tindakan maka orang menjadi semakin berani.
“Kita pun ingin tahu apa yang dibuat Peguam Negara sehingga orang boleh sebar macam-macam tentang Yang di-Pertuan Agong, sepatutnya Peguam Negara mengambil tindakan dan perhatian kerana kita bukan bercakap tentang seorang individu tetapi satu institusi,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ucapan Amanat Tahun Baharu 2019 oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.
Sebelum ini, tular berita di laman sosial sejak semalam yang memperkatakan mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu, Mohd Amar berkata, kerajaan negeri setakat ini tidak menerima apa-apa maklumat rasmi mengenai kedudukan terkini Yang di-Pertuan Agong dan menyifatkan berita dalam media sosial sebagai khabar angin yang tidak perlu dipercayai.
Tambahnya lagi, beliau yakin tular itu juga adalah sebahagian usaha berterusan pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah Kerajaan Pas Kelantan disebabkan hubungan erat dengan Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Muhammad V yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 24 April 2017 pada usia 47 tahun dilaporkan beristirehat menjalani rawatan bermula 2 November sehingga 31 Disember tahun lalu. (Utusan)
Sobat baru saja selesai membaca :
Kesal Sikap Peguam Negara Biar Tohmahan Ke Atas Yang di-Pertua Agung. -PAS K'tan
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kesal Sikap Peguam Negara Biar Tohmahan Ke Atas Yang di-Pertua Agung. -PAS K'tan dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kesal Sikap Peguam Negara Biar Tohmahan Ke Atas Yang di-Pertua Agung. -PAS K'tan link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/kesal-sikap-peguam-negara-biar-tohmahan.html