Doakan Dr Morsi.. Teruskan Perjuangan Beliau!

Doakan Dr Morsi.. Teruskan Perjuangan Beliau! - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Doakan Dr Morsi.. Teruskan Perjuangan Beliau!, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Doakan Dr Morsi.. Teruskan Perjuangan Beliau!
link : Doakan Dr Morsi.. Teruskan Perjuangan Beliau!

Baca juga


Doakan Dr Morsi.. Teruskan Perjuangan Beliau!



TERRKINI dilaporkan bahawa Dr Mohamed Morsi – Presiden Mesir yang digulingkan oleh tentera pro-Israel pimpinan al-Sisi pada 2013 – berdepan kemungkinan untuk mati dalam tahanan atau mati pramasa(premature death) akibat seksaan dan layanan kejam di penjara.

Dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi, yakni dalam Januari 2019, beliau juga akan kembali dibicarakan di Mahkamah – satu taktik penyeksaan mental dan fizikal secara berturut-turut yang diulang-ulang rejim al-Sisi sejak enam tahun lalu.
Dr Morsi dilayan dengan kejam di penjara Tora yang digelar penjara ‘Kala Jengking’ – malah hingga ke tahap di mana sebuah panel yang dinamakan Detention Review Panel (DRP) yang turut dianggotai para peguam dan ahli Parlimen Britain mengecam kaedah tahanan ini yang dicela sebagai ‘di bawah tahap yang sepatutnya berdasarkan undang-undang antarabangsa’.
Mengapakah semakin hari semakin zalim sekali layanan rejim al-Sisi ke atas Dr Morsi khususnya dan anggota Ikhwan Muslimin secara umumnya? Malah, majalah berpengaruh ‘Foreign Policy’ terbitan Disember 2018 mengecam rejim al-Sisi dengan tajuk ‘Sisi Isn’t Mubarak. He’s Much Worse’ yang bermaksud al-Sisi lebih teruk berbanding rejim diktator Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sejak akhir 1970-an hingga 2011.
Untuk rekod, Dr Morsi ialah Presiden Mesir pertama – dan terakhir – yang diundi secara bebas dan demokratik oleh rakyat Mesir di seluruh negara dalam pilihan raya Presiden 2012 selepas Revolusi Januari 2011 (fenomena kebangkitan ‘Arab Spring’) yang menumbangkan diktator sebelum itu iaitu Hosni Mubarak.
Saat ini, rejim al-Sisi sebenarnya berhadapan masalah mentadbir Mesir yang cukup kronik; isu bekalan air yang asas, subsidi roti, masalah bekalan makanan khususnya kentang, isu perumahan, isu gaji pekerja, dan juga peluang pekerjaan, subsidi sosial, serta hutang kerajaan – kesemuanya membawa kepada satu kesimpulan: rejim al-Sisi amat lemah dan gagal sama sekali sebagai kerajaan. Lalu mengapa tidak timbul sebarang kebangkitan rakyat secara besar-besaran seperti mana yang dihadapi Dr Morsi dan diktator Hosni Mubarak sebelum ini?
Jawapannya adalah seperti mana yang dihuraikan Foreign Policyterbitan Disember 2018: rejim al-Sisi sejak merampas kuasa daripada Dr Morsi pada 2013 bergantung sepenuhnya pada cara menangkap, menyerang, melakukan keganasan, dan juga membunuh sesiapa yang dilihat cuba mencetuskan penentangan kepada rejim beliau.
Bagi mengesahkan pemerintahan beliau, al-Sisi telah mengadakan pilihan raya yang mudah untuk dimenangi – dengan pengharaman dan penangkapan besar-besaran anggota gerakan Islamis Ikhwan Muslimin.
Menyedari betapa gerakan Islamis Ikhwan Muslimin masih berpengaruh besar di hati rakyat Mesir – ditambah pula dengan kegagalan beliau sebagai kerajaan – al-Sisi menggunakan cara keganasan untuk kekal berkuasa. Pembunuhan beramai-ramai penyokong Dr Morsi sewaktu ‘Rabaa Massacre’ pada Ogos 2013 dahulu hanyalah permulaan.
Hari ini, meski pun ‘menang besar’ dalam pilihan raya olok-olok yang dianjurkan beliau sendiri, al-Sisi kini mula mencuba untuk meminda Perlembagaan Mesir 2014; beliau kini cuba untuk sama ada memanjangkan tempoh penggal Presiden ataupun menghapuskan sama sekali had tempoh penggal tersebut untuk terus berkuasa.
Keadaan ini sama sekali bertentangan dengan dasar kerajaan Dr Morsi dahulu yang menghadapi tiga cabaran besar. 
Cabaran pertama ialah tuduhan Kerajaan Morsi bersikap eksklusif kononnya tidak melibatkan parti lain dan juga kaum wanita dan minoriti dalam kerajaan beliau. Melalui Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), Dr Morsi mengetuai Jemaah Ikhwan Muslimin memenangi pilihan raya Presiden pada Jun 2012. Kerajaan Dr Morsi dituduh hanya melantik anggota Ikhwan yang merupakan ahli politik FJP sahaja dalam kerajaan sedangkan sebenarnya Dr Morsi telah melantik tiga orang wanita dan dua orang ahli politik Kristian ke jawatan utama pada Ogos 2012.

Cabaran kedua ialah anasir tinggalan diktator Hosni Mubarak yang terdiri daripada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera (SCAF), para hakim Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir yang Sekular dan anti-Islamis, serta kroni industri pro-Mubarak (dan Tamrroud anti-Ikhwan Muslimin). SCAF sebagai contoh, kononnya menjadi ‘perantara’ rakyat Mesir dengan kerajaan apabila berlaku peralihan kuasa. Namun pada hakikatnya, ia hanyalah sekelompok elit yang menjaga kepentingan masing-masing – jauh mengatasi kepentingan rakyat Mesir.
Ramai pihak menuduh kononnya Dr Morsi tergesa-gesa dalam cubaan mereformasi angkatan tentera Mesir – contohnya tindakan beliau melucutkan kedudukan Panglima Mohamed Hussein Tantawi dan Leftenan Jeneral Sami Hafez Anan serta memecat Pengarah Perisikan Murad Muwafi.
Namun pada hakikatnya Dr Morsi telah berusaha mengimbangi tuntutan tentera – langkah sama yang dilakukan Erdogan di Turki – termasuklah memberi pelbagai kelebihan kepada belanjawan dan syarikat milik tentera. Contohnya ialah pengecualian pemotongan subsidi minyak, imuniti daripada semakan dan kawalan belanjawan, dan juga autonomi sistem buruh yang diamalkan syarikat milik tentera Mesir.
Malah, tentera Mesir melalui SCAF juga menerima beberapa keutamaan dalam projek kerajaan seperti projek automotif Al-Nasr Automotive Manufacturing Company (NASCO) yang diserahkan kepada Kementerian Pengeluaran Pertahanan dan juga projek tablet ala-iPad Mesir, Inar yang diberi kepada Benha Electronics Company (Benha) yang sebahagiannya juga milik Kementerian Pengeluaran Pertahanan Mesir.
Kerajaan FJP pimpinan Dr Morsi juga bertindak menghentikan rancangan penswastaan besar-besaran aset kerajaan – termasuklah syarikat-syarikat milik tentera Mesir. Selain itu, Dr Morsi turut memberikan posisi yang tinggi kepada para pegawai tentera di Autoriti Terusan Suez, Pertubuhan Arab untuk Perindustrian, dan juga kedudukan di Kementerian Pertahanan – di samping berjanji mewujudkan kehadiran tentera Mesir di Sinai dan juga mempelbagaikan sumber persenjataan asing dan latihan buat tentera Mesir.
Walau bagaimanapun, Kerajaan Dr Morsi juga mengusahakan pengurangan monopoli tentera dalam projek berskala besar dan berimpak tinggi Mesir seperti dalam kes Projek Pembangunan Koridor Terusan Suez. Rancangan Dr Morsi untuk menjadikan Terusan Suez sebagai hab logistik dan pusat pembuatan barangan berat global ini tentulah menarik firma-firma berkaitan tentera yang dominan di Mesir seperti kilang pembuatan menara, kotak gear, dan juga bilah fiber glassyang digunakan dalam turbin angin.
Namun begitu, Kerajaan Dr Morsi bertindak meletakkan posisi pembuatan keputusan tertinggi projek gergasi ini di tangan Timbalan Perdana Menteri yang melapor secara terus kepada beliau, sekali gus mengetepikan kedudukan dominan tentera Mesir. Langkah inilah sebenarnya yang membawa kepada rampasan kuasa tentera menjatuhkan Kerajaan Dr Morsi.
Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir menjadi ancaman seterusnya yang berusaha menggugat Kerajaan Dr Morsi dahulu. Contoh yang paling nyata apabila ia bertindak membubarkan Dewan Perwakilan Rakyat yang dipilih rakyat pada Jun 2012 – sejurus sebelum Dr Morsi memenangi pilihan raya Presiden dalam bulan yang sama. Pembubaran ini susulan kejayaan Ikhwan Muslimin melalui parti FJP menguasai majoriti kerusi Parlimen pada waktu itu.
Kerajaan Dr Morsi juga difitnah cuba menjadi diktator semata-mata kerana mengusahakan pemusatan kuasa eksekutif di tangan Presiden. Hakikat sebenarnya ialah langkah ini terpaksa diambil bagi melindungi proses penggubalan Perlembagaan Mesir agar selari dengan keseimbangan antara hak asasi manusia dan Syariah. Langkah ini jelas bersifat pencegahan kerana kuasa eksekutif yang kuat diperlukan untuk melindungi Perlembagaan daripada disabotaj para hakim pro-bekas diktator, Hosni Mubarak yang jelas menguasai Mahkamah Tinggi Perlembagaan Mesir.
Akibat pakatan tentera Mesir dengan firma-firma gergasi (yang sengaja menjahanamkan bekalan tenaga dan keperluan asas rakyat selepas kemenangan FJP pimpinan Dr Morsi) serta media (seperti Nilesat yang menguasai satelit strategik dalam menyiarkan berita palsu dan fitnah), emosi sebahagian rakyat Mesir telah dibakar untuk sekali lagi berhimpun – kali ini memberi tekanan ke atas Kerajaan Morsi agar meletak jawatan.
Sejarah menjadi saksi betapa akhirnya Dr Morsi telah ditahan dan digulingkan oleh tentera Mesir di bawah al-Sisi – yang hari ini telah membawa kerosakan dahsyat ke atas kehidupan rakyat Mesir dan juga sistem politik mereka akibat ketiadaan ilmu pentadbiran dan juga kerakusan membolot hasil negara ke tangan kroni tentera.
Campur tangan asing juga jelas menjadi faktor besar dalam konteks politik Mesir ini – negara seperti Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dikesan menyalurkan dana berulang kali kepada para jeneral tentera Mesir dalam merencana gerakan Tamarroud bagi menjatuhkan kerajaan FJP Dr Morsi.  Arab Saudi juga secara terbuka dinamakan sebagai antara perancang utama gerakan rampasan kuasa tentera ini dengan kerjasama erat Jeneral al-Sisi yang ketika itu merupakan Menteri Pertahanan.
Tidak menghairankan sama sekali apabila hanya seminggu selepas Dr Morsi dijatuhkan, UAE telah menjanjikan sokongan sebanyak USD3 bilion manakala Arab Saudi pula menjanjikan USD5 bilion kepada rejim tentera Mesir pro-Israel pimpinan al-Sisi itu (UAE juga didakwa kerajaan AKP pimpinan Erdogan sebagai dalang rampasan kuasa Turki pada 2016).
Saat ini, Dr Morsi berdepan dengan beberapa siri hukuman penjara yang panjang di bawah rejim al-Sisi seperti penjara seumur hidup kerana dituduh menjadi ‘perisik’ kepada gerakan Islamis Palestin, Hamas. Beliau setakat ini telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun atas tuduhan melakukan kekerasan ke atas perusuh pada Disember 2012 sebelum ditambah lagi hukuman penjara selama 25 tahun kerana dituduh menjadi ‘perisik’ Qatar. Sebelum ini beliau turut berdepan hukuman mati pada 2015 atas tuduhan melarikan diri dari penjara sewaktu Revolusi Mesir 2011 namun ia telah ditarik balik atas tekanan dalaman dan juga tekanan antarabangsa.
Sama-sama kita doakan semoga Allah melindungi Dr Mohamed Morsi – seorang lelaki hafiz al-Quran dengan ijazah kedoktoran dalam bidang Sains Bahan yang telah mengorbankan segala-galanya demi sebuah tanggungjawab - tanggungjawab berat yang kini direhatkan dari bahunya.
Oleh: ABDUL MUEIN ABADI
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - HARAKAHDAILY 3/1/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim
  • Marilah kita sama-sama panjatkan doa semoga Allah melindungi Dr Mohamed Morsi.
  • Sama-sama kita doakan semoga Allah melindungi perjuangan Islam Dr Mohamed Morsi dan  gerakan Islam Ikhwan Muslimin.
  • Antara dasar perjuangan As-syahid Hasan Al-Banna pemimpin Ikhwan Muslimin ialah..
  1. Allah Matlamat Kami,
  2. Rasul Pemimpin Kami,
  3. Ai-Quran Perundangan Kami,
  4. Jihad Jalan Kami,
  5. Syahid Cita-cita Kami.
FB IMG 1546518359521


Sobat baru saja selesai membaca :

Doakan Dr Morsi.. Teruskan Perjuangan Beliau!

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Doakan Dr Morsi.. Teruskan Perjuangan Beliau! dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Doakan Dr Morsi.. Teruskan Perjuangan Beliau! link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/doakan-dr-morsi-teruskan-perjuangan.html

Subscribe to receive free email updates: