Judul : Kelab Malam, Mengapa Kata Menteri 'mesti ada telur'? Bikin Malu!!
link : Kelab Malam, Mengapa Kata Menteri 'mesti ada telur'? Bikin Malu!!
Kelab Malam, Mengapa Kata Menteri 'mesti ada telur'? Bikin Malu!!
Best Places to Go at Night in Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Bila kelab malam mahu tutup 5 pagi - Menteri dan datuk bandar mesti ada telur untuk mennghadapinya -Gulam Muszaffar
Semalam satu sidang akhbar diadakan oleh jawatankuasa penaja yang mewakili hampir 100 Operator Hiburan Kelab Malam yang membantah dan meminta DBKL menimbangkan semula agar waktu operasi kelab malam di Kuala Lumpur kekal sehingga jam 3 atau 5 pagi.
Alasan mengekalkan waktu operasi ini adalah bagi mengurangkan aktiviti-aktiviti haram di premis, rumah, pangsapuri servis atau tempat yang tidak didaftarkan. Ini dikatakan akan menyukarkan operasi penguatkuasa yang dijalankan.
Mereka juga mendakwa dengan mengekalkan waktu operasi asal (3 atau 5 pagi) juga dapat mengurangkan kewujudan banyak kelab atau premis haram di Kuala Lumpur. Tetapi ada lagi satu alasan juga mendakwa yang mana saya anggap agak meragukan iaitu boleh mengurangkan penyakit mental warga Kuala Lumpur apabila mereka berhibur di kelab malam.
Pandangan ikhlas saya, ini bukan caranya untuk kita mewujudkan warga, keluarga, belia dan komuniti yang lebih tertib, bebas pengaruh negatif, bertamadum dan kondusif.
Sebagai contoh Di Finland, mereka sudah sedar kelab-kelab malam ini adalah perosak kepada nilai dan institusi masyarakat dan keluarga. Dadah, alkohol, sumbang mahram, pelacuran dan semuanya yang tidak baik bermula di situ.
Generasi dari tahun 70-an hingga 90-an rosak angkara kelab-kelab malam di sana. Masyarakat Finland mengambil pendekatan lebih radikal sehingga mewujudkan waktu "berkurung" kepada anak-anak mereka untuk memastikan generasi akan datang tidak seperti dulu.
Tetapi di Malaysia adalah sebaliknya akan tetapi kita seperti "memberi muka" kepada kelab-kelab malam ini walaupun telah diberi kebenaran beroperasi secara sah.
Sepatutnya kelab-kelab ini perlu dikurangkan lagi dan perlu dikawal selia secara ketat oleh pihak DBKL.
Tetapi di Malaysia adalah sebaliknya akan tetapi kita seperti "memberi muka" kepada kelab-kelab malam ini walaupun telah diberi kebenaran beroperasi secara sah.
Sepatutnya kelab-kelab ini perlu dikurangkan lagi dan perlu dikawal selia secara ketat oleh pihak DBKL.
Maaf kata, apa yang saya perhatikan kadang-kadang ada kelab-kelab malam ini melanggar pelbagai peraturan tetapi selalu terlepas seprti ada "tangan ghaib" yang menghalal dan membenarkan ia beroperasi lebih had masa tanpa perlunya permit kebenaran.
Oleh itu, saya berharap Kekanda YB Menteri Wilayah Persekutuan yang mempunyai latar belakang agama yang kuat dan Datuk Bandar KL agar "ada telur" dan mempunyai keberanian politik dalam mencorak keperibadian masyarakat di era Malaysia Baru.
Ini boleh dilakukan dengan mengekalkan waktu operasi kelab-kelab malam setakat jam 1 pagi sahaja walaupun akan ada desakan yang sangat kuat.
Dulu YB Ku Nan ada juga keberanian dan tidak peduli untuk menutup pusat-pusat urut di sekitar kawasan Bukit Bintang. Sekarang ini kita tunggu dan lihat? Berani atau tidak YB menteri Wilayah kita?
Jangan pusing balik sudahlah. Untuk rekod semua cadangan ini pun datang dari mulut dan minda Kekanda YB menteri Wilayah sendiri pada bulan November lepas.
GULAM MUSZAFFAR ialah aktivis masyarakat. (gigitankerengga.blogspot.com)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan soal masa, 1 pagi atau 5 pagi yang perlu dibetulkan, tapi konsep kelab malam dan pusat hiburan itu perlu disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3), Islam sebagai Agama bagi Persekutuan.
Bukan pusat hiburan jadi pusat maksiat, pelacuran, dadah, arak, kencing syaitan, tempat gaduh, judi, seperti yang ada sekarang. Masih lagi otak pemimpin negara di Malaysia berfikir secara penjajah zaman sebelum merdeka? Tempat hiburan masih tempat maksiat.. Bersihkan tempat maksiat itu supaya jadi pusat hiburan yang sebenarnya.
Kenapa tak faham sangat pemimpin yang ada sekarang? Mana puak-puak agama dalam kerajaan?
Sobat baru saja selesai membaca :
Kelab Malam, Mengapa Kata Menteri 'mesti ada telur'? Bikin Malu!!
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kelab Malam, Mengapa Kata Menteri 'mesti ada telur'? Bikin Malu!! dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kelab Malam, Mengapa Kata Menteri 'mesti ada telur'? Bikin Malu!! link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/kelab-malam-mengapa-kata-menteri-mesti.html