Umno Runtuh, X Berupaya Perjuang 'Melayu Islam', PAS Perlu Ke Depan.

Umno Runtuh, X Berupaya Perjuang 'Melayu Islam', PAS Perlu Ke Depan. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Umno Runtuh, X Berupaya Perjuang 'Melayu Islam', PAS Perlu Ke Depan., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Umno Runtuh, X Berupaya Perjuang 'Melayu Islam', PAS Perlu Ke Depan.
link : Umno Runtuh, X Berupaya Perjuang 'Melayu Islam', PAS Perlu Ke Depan.

Baca juga


Umno Runtuh, X Berupaya Perjuang 'Melayu Islam', PAS Perlu Ke Depan.


Takiyuddin Hassan

ALOR SETAR - Pas menyifatkan krisis yang melanda Umno kebelakangan ini telah meruntuhkan struktur kepimpinan parti itu sekaligus dilihat tidak berupaya memperjuangkan agenda Melayu Islam.
Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, berdasarkan kepada keadaan itu, Pas perlu menjadi parti utama menggalas tanggungjawab itu.
"Kalau dulu kita lihat dari segi kekuatannya dan jumlah ahli, memang Umno yang menjuarai perjuangan agenda untuk Melayu Islam, apatah lagi mereka dahulu berada dalam kerajaan.
"Sekarang ini mereka bukan lagi kerajaan dan ketika ini ramai pemimpin dan wakil rakyat mereka meninggalkan parti menyebabkan struktur Umno di beberapa peringkat sudah runtuh," katanya dalam sidang media selepas menghadiri program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden, di sini hari ini.

Rabu lepas, hampir keseluruhan barisan kepimpinan Umno Sabah termasuk lima anggota Parlimen, sembilan Adun dan dua senator mengumumkan keluar parti dengan alasan parti itu tidak mempunyai hala tuju yang jelas.
Semalam, enam lagi wakil rakyat Umno meninggalkan parti.
Ditanya sama ada perkembangan itu memberi kesan terhadap kekuatan pembangkang di dalam Dewan Rakyat, Takiyuddin berkata bilangan wakil rakyat Umno tidak menentukan peranan dan pendirian Pas.

"Walaupun kita (Pas dan Umno) sama-sama pembangkang, tapi kita mempunyai ikatan yang longgar di Dewan Rakyat, berapa pun bilangan Umno pendirian kita jelas, kita berkecuali terhadap isu atau perkara-perkara yang dibawa kerajaan.
"Kita berperanan menasihat kerajaan, maknanya kita tegur apa yang tidak betul dan kita sokong apa yang betul, jadi, bilangan ahli Umno dalam Dewan Rakyat saya tidak nampak memberi masalah besar kepada kita," katanya.
Mengulas lanjut mengenai tindakan keluar parti oleh pemimpin Umno itu, Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata ia memang dijangka berdasarkan landskap politik semasa dan berkemungkinan akan berlaku lagi selepas ini.
"Mana-mana parti pun apabila berada dalam keadaan begitu ahli dia akan bertempiaran lari kerana sebagai orang politik mereka memerlukan platform untuk berjuang," katanya yang turut mengalu-alukan sekiranya ada ahli Umno yang ingin menyertai Pas. - Bernama



Sobat baru saja selesai membaca :

Umno Runtuh, X Berupaya Perjuang 'Melayu Islam', PAS Perlu Ke Depan.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Umno Runtuh, X Berupaya Perjuang 'Melayu Islam', PAS Perlu Ke Depan. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Umno Runtuh, X Berupaya Perjuang 'Melayu Islam', PAS Perlu Ke Depan. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/umno-runtuh-x-berupaya-perjuang-melayu.html

Subscribe to receive free email updates: