Judul : Pekerja Lynas Berhimpun Di Parlimen, 1,000 Bakal Hilang Kerja..
link : Pekerja Lynas Berhimpun Di Parlimen, 1,000 Bakal Hilang Kerja..
Pekerja Lynas Berhimpun Di Parlimen, 1,000 Bakal Hilang Kerja..
SEBAHAGIAN daripada kakitangan Lynas berhimpun di luar pekarangan Parlimen, pagi ini. - UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR 11 Dis. - Seramai 130 orang terdiri daripada kakitangan kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) berhimpun berhampiran pintu masuk utama Parlimen pada pagi ini, untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan dengan harapan operasi syarikat di Pahang dapat diteruskan.
Wakilnya, Jumaat Mansor berkata, Lynas kini berdepan masalah birokrasi melibatkan pematuhan saringan operasi kilang dan berisiko menyebabkan lesen syarikat itu tidak dapat diperbaharui sebelum September 2019.
Katanya jika tidak diselesaikan segera, kira-kira 1,000 kakitangan Lynas dengan lebih 90 peratus daripadanya merupakan warga tempatan, bakal kehilangan pekerjaan.
“Kami berhimpun ini untuk menyerahkan memorandum kepada pimpinan kerajaan supaya memberi perhatian kepada kami, terutamanya golongan pekerja,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Jelasnya, memorandum itu mahu dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.
Memorandum itu juga akan dihantar kepada Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu atas kapasiti sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga merupakan Menteri Luar.
Jumaat menjangkakan wakil pemimpin-pemimpin tersebut akan hadir untuk menerima memorandum tersebut. - UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Pekerja Lynas Berhimpun Di Parlimen, 1,000 Bakal Hilang Kerja..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pekerja Lynas Berhimpun Di Parlimen, 1,000 Bakal Hilang Kerja.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pekerja Lynas Berhimpun Di Parlimen, 1,000 Bakal Hilang Kerja.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/pekerja-lynas-berhimpun-di-parlimen.html