PAS Ke Arah Peneraju K'jaan M'sia - MB Terengganu.

PAS Ke Arah Peneraju K'jaan M'sia - MB Terengganu. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: PAS Ke Arah Peneraju K'jaan M'sia - MB Terengganu., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : PAS Ke Arah Peneraju K'jaan M'sia - MB Terengganu.
link : PAS Ke Arah Peneraju K'jaan M'sia - MB Terengganu.

Baca juga


PAS Ke Arah Peneraju K'jaan M'sia - MB Terengganu.


MB dan Presiden PAS (tengah) tiba di Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu di Kemaman semalam.


KEMAMAN, 2 Disember - PAS boleh memberi harapan baharu sebagai peneraju Pemerintahan Malaysia selepas Piliahn raya Umum ke 15 apabila parti-parti lain gagal menunjukkan prestasi cemerlang memerintah negara hari ini.

Justeru PAS perlu menunaikan tanggungjawab pemerintahan sepenuhnya di negeri Terengganu dan Kelantan, bukan sahaja untuk membuka mata rakyat Terengganu tetapi rakyat Malaysia seluruhnya.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhta berkata hari ini PAS melaksanakan tanggungjawab dan amanah dengan lebih baik berbanding dengan parti-parti lain yang membentuk dan memimpin kerajaan di negeri-negeri lain.

Menurut beliau rakyat sedang melihat pelbagai parti yang menjadi kerajaan di negeri-negeri lain dengan perbandingan pemerintahan PAS di Terengganu dan Kelantan.

"Justeru kita (PAS) perlu menunaikan tanggungjawab sepenuhnya supaya membuka mata seluruh rakyat bukan sahaja di negeri Terengganu sahaja tetapi seluruh rakyat Malaysia, bahawa PAS mampu untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan lebih baik berbanding dengan parti-parti lain yang menjadi ketua kerajaan di negeri-negeri lain," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Ijtima' Kepimpinan PAS Terengganu di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini semalam.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan seluruh kepimpinan tertinggi PAS Negeri Terengganu hadir dalam majlis tersebut.

Menurut beliau rakyat mahu PAS menjadi harapan bagi rakyat seluruh Malaysia sebagai parti yang mampu membawa perubahan sebenar dalam negara.

Katanya, rakyat menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) merungkai apa sahaja semahunya dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Ia bermula tidak mempercayai sesiapapun dalam pentadbiran kerajaan sedia ada, mempersalahkan semua orang kecuali diri mereka sendiri.

"Mencari seribu alasan untuk tidak melaksanakan janji pilihan raya dengan semuanya mempersalahkan orang lain.

"Memecat siapa sahaja semahunya tanpa diberi peluang untuk membela diri dan sebagainya. Itulah tabiat yang sedang kita hadapi oleh kerajaan pimpinan parti orang lain di peringkat persekutuan," jelasnya lagi.

Seluruh rakyat katanya sedang memerhatikan semua perkara ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, pegawai-pegawai di peringkat persekutuan,sedang berbicara sesama mereka dengan hati yang lemas dan ada yang sudah menyalahkan diri masing-masing kerana memberi undi kepada parti terbabit dalam PRU 14 yang lalu.

Katanya, setengahnya bertindak demikian semata-mata kerana geram kepada kerajaan Umno/BN.

"Bagi kita di Terengganu, jika diikutkan hati kita ingin bertindak sama dengan kerajaan pusat hari ini kerana kita dinafikan hak dan dizalimi sekian lama.

"Mungkin terdetik di hati kita setelah menang pilihan raya umum pada 9 Mei baru-baru ini, kita akan memecat mereka bersama parti lawan dalam pentadbiran kerajaan, agensi dan GLC, mengambil tindakan disiplin seterusnya melantik di kalangan kita memerintah dengan selesa untuk membawa agenda tanpa halangan, tanpa ada kemungkinan sabotaj dan sebagainya.

Bagaimanapun PAS tidak berbuat demikian kerana kemenangan dalam PRU 14 baru-baru ini bukan sepenuhnya hasil dari undi ahli parti itu semata-mata.

Kemenangan PAS di Terengganu berpunca dari jentera parti lawan tidak bergerak, kebencian terhadap mantan perdana menteri dan parti lawan terpalit sama (dengan tuduhan sekandal) sehingga ditolak oleh rakyat dalam PRU 14. (Teganukita)


Sobat baru saja selesai membaca :

PAS Ke Arah Peneraju K'jaan M'sia - MB Terengganu.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PAS Ke Arah Peneraju K'jaan M'sia - MB Terengganu. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: PAS Ke Arah Peneraju K'jaan M'sia - MB Terengganu. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/pas-ke-arah-peneraju-kjaan-msia-mb.html

Subscribe to receive free email updates: