Judul : Panduan Pergerakan Ke Himpunan Bantah ICERD
link : Panduan Pergerakan Ke Himpunan Bantah ICERD
Panduan Pergerakan Ke Himpunan Bantah ICERD
HIMPUNAN Aman Rakyat Bantah ICERD akan diadakan pada 8 Disember 2018, hari Sabtu, jam 2 petang hingga 6 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Warna tema himpunan adalah putih.
Peserta yang akan berhimpun dinasihatkan supaya mengikuti panduan pergerakan seperti berikut:
Sebelum himpunan
1. Memastikan laluan "checkpoint" dan arahan semasa daripada pimpinan masing-masing.
2. 3 "checkpoint" rasmi yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:
i. Masjid Negara
ii. Masjid Jamek, Kuala Lumpur
iii. Sogo
3. Memastikan ubat-ubatan peribadi yang diperlukan, dibawa bersama.
4. Peserta digalakkan melakukan solat hajat memohon kelancaran himpunan.
Semasa himpunan
1. Semua peserta dinasihatkan datang awal untuk Solat Zohor di"checkpoint" yang ditetapkan.
2. Selepas solat, peserta dikehendaki bergerak secara beransur-ansur, dari "checkpoint" yang masing-masing.
3. Menyimpan nombor telefon ketua kumpulan dan pemandu bas dan mengambil gambar bas bersama plat pendaftaran (jika datang dengan rombongan) dan bergerak dalam kumpulan yang dikenali ke"checkpoint" semasa pergi dan balik.
4. Membawa bersama beg kecil yang berisi tuala kecil, baju hujan atau payung, bekalan makanan (seperti roti atau kurma atau snek bijirin atau biskut) sebagai persediaan.
5. Himpunan akan diisi dengan agenda solat hajat dan peserta diminta membawa sejadah atau alas dan serta air mineral untuk mengambil wuduk.
6. Tidak membawa sebarang senjata berbahaya atau barang tajam yang mencurigakan.
7. Tidak melakukan provokasi atau melayan sebarang provokasi.
8. Melaporkan kepada pihak keselamatan himpunan jika melihat sebarang provokasi.
9. Sentiasa mematuhi arahan pihak penganjur himpunan dari semasa ke semasa dan tidak bertindak mengikut emosi.
10. Sekali lagi, ditegaskan, ini adalah himpunan aman, sebarang individu atau kumpulan yang tidak mematuhi arahan, akan diambil tindakan tegas mengikut lunas undang-undang oleh pihak yang berkenaan.
11. Peserta dinasihatkan supaya menjaga keselamatan diri, keluarga dan barang masing-masing sepanjang himpunan berlangsung.
12. Jika peserta mengalami sebarang masalah kesihatan semasa himpunan atau melihat individu berhampiran anda mengalami simptom masalah kesihatan, rujuk segera kepada pasukan medik himpunan yang berhampiran dengan anda.
Selepas himpunan
1. Kutip sampah sendiri dan yang berada berhampiran anda dan buang di tong sampah.
2. Bersurai mengikut arahan penganjur himpunan dalam keadaan aman.
Penganjur mengucapkan "Selamat Berhimpun" dan diharapkan himpunan ini berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan ia dianjurkan.
Dikeluarkan oleh:
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Pengarah
Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD
Pengarah
Himpunan Aman Rakyat Bantah ICERD
23 Rabiul Awal 1440
1 Disember 2018 - HARAKAHDAILY 1/12/2018
1 Disember 2018 - HARAKAHDAILY 1/12/2018
Sobat baru saja selesai membaca :
Panduan Pergerakan Ke Himpunan Bantah ICERD
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Panduan Pergerakan Ke Himpunan Bantah ICERD dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Panduan Pergerakan Ke Himpunan Bantah ICERD link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/panduan-pergerakan-ke-himpunan-bantah.html