Krismas: Bezakan Hukum Sambut Dan Ucapan -Dr Mohd Khairuddin.

Krismas: Bezakan Hukum Sambut Dan Ucapan -Dr Mohd Khairuddin. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Krismas: Bezakan Hukum Sambut Dan Ucapan -Dr Mohd Khairuddin., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Krismas: Bezakan Hukum Sambut Dan Ucapan -Dr Mohd Khairuddin.
link : Krismas: Bezakan Hukum Sambut Dan Ucapan -Dr Mohd Khairuddin.

Baca juga


Krismas: Bezakan Hukum Sambut Dan Ucapan -Dr Mohd Khairuddin.




SAYA melihat ada pihak yang sengaja melaga-lagakan antara YB Ustaz Muhammad Khalil, Ketua Pemuda PAS dengan Sohibus Samahah Mufti Wilayah dalam isu ucapan dan sambutan krismas sedangkan kedua-dua pihak berbicara pada topik berlainan.
YB Ustaz Khalil menjelaskan hukum haram menyambut krismas bagi orang Islam. Itu adalah hukum yang telah disepakati oleh semua ulamak. Ada pun Mufti Wilayah dalam tulisan Bayan Linnas menjelaskan hukum mengucapkan Merry Christmas atau tahniah kepada penganut Kristian.
Perkara kedua ini menjadi perselisihan di kalangan ulama. Sebahagian ulama mengharamkan ucapan selamat krismas kerana ia bererti perakuan terhadap kebenaran agama mereka. Sebahagian ulama pula mengharuskan dengan meletakkan syarat iaitu hendaklah ia hanya bertujuan memupuk hubungan perpaduan dan hendaklah tidak disertai dengan niat untuk mengagungkan, memuliakan dan menyetujui agama lain.
Saya juga melihat ada yang sengaja melencongkan maksud sebenar kenyataan Mufti Wilayah yang mengharuskan dengan meletakkan seolah ucapan selamat hari krismas adalah ungkapan yang sunat dan digalakkan untuk dituturkan. Perlu diingat ia adalah keharusan dan bukannya galakan. Sesuatu hukum yang harus boleh berubah menjadi sunat disebabkan perubahan keadaan dan tujuan seumpama dengan tujuan dakwah.
Memupuk keharmonian beragama bukannya dengan menurut segala kehendak agama berlainan dalam perayaan keagamaan tetapi dengan menghormati mereka dan memberikan hak kepada mereka untuk menyambut perayaan agama mereka.
Islam meletakkan hubungan antara muslim dan bukan muslim dalam ruang lingkup yang sangat luas iaitu "berkebajikan dengan mereka dan melakukan keadilan" dalam semua aspek kehidupan selagi mereka tidak memerangi Islam dan umatnya. Hubungan kasih sayang sesama insan perlu terus dibina dan dipupuk menerusi pelbagai lagi aktiviti kehidupan seharian melibatkan hubungan persahabatan, kejiranan dan urusan hidup. Itulah yang diajar oleh Islam. Ia tidak diukur hanya pada ruang yang sempit iaitu sambutan perayaan bersama antara penganut agama berbeza.
Masyarakat Islam di Malaysia telah menunjukkan contoh yang baik dalam bergaul dengan bukan Islam sejak ratusan tahun dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia sesuatu yang boleh dibanggakan. Maka tidak perlu ada yang terlebih lajak kepada sambutan perayaan bukan Islam yang melibatkan ritual beragama kerana ia melibatkan hukum terlarang dalam agama.
Islam agama yang memupuk keharmonian bermasyarakat. Islam juga menjelaskan batas perhubungan apabila melibatkan ritual beragama konsepnya ialah firman Allah dalam ayat 6 surah al-Kafirun.

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

"bagi kamu agama kamu dan bagi saya agama saya." - HARAKAHDAILY 25/12/2018
DATO' DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI 



Sobat baru saja selesai membaca :

Krismas: Bezakan Hukum Sambut Dan Ucapan -Dr Mohd Khairuddin.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Krismas: Bezakan Hukum Sambut Dan Ucapan -Dr Mohd Khairuddin. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Krismas: Bezakan Hukum Sambut Dan Ucapan -Dr Mohd Khairuddin. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/krismas-bezakan-hukum-sambut-dan-ucapan.html

Subscribe to receive free email updates: