Judul : Kehidupan Pengayuh Beca Di Bawah PH Makin Suram?
link : Kehidupan Pengayuh Beca Di Bawah PH Makin Suram?
Kehidupan Pengayuh Beca Di Bawah PH Makin Suram?
BECA merupakan salah satu tarikan utama di Melaka namun mereka kini bergelut dan terpaksa memerah keringat yang lebih demi sesuap nasi.
MELAKA 28 Dis. - Walaupun Melaka merupakan negeri mempunyai tarikan tersendiri iaitu terkenal dengan kemudahan beca untuk pelancong, tetapi siapa sangka kehidupan pengayuhnya kini bukanlah sesuatu yang mampu untuk dibanggakan.
Dengan pendapatan tidak menentu termasuk faktor cuaca hujan dan panas, pengayuh beca di Melaka kini melaksanakan kerja mereka bukan untuk hidup mewah tetapi cukup sekadar menampung pendapatan diri dan keluarga.
Bagi pengayuh beca paling tua di negeri ini, Mohamed Rusdi, 77, walaupun beca tidak menjamin pendapatan untuk menjadi kaya namun dia bersyukur kerana hasil penat lelah mengayuh kenderaan inilah membantunya membesarkan anak-anak seramai lima orang.
“Ada kalanya sehari langsung tidak dapat upah, pernah juga berebut pelanggan dengan pengayuh lain, namun diam tidak diam sudah 17 tahun saya membawa beca di Melaka.
“Kehidupan kami bukan sesuatu yang boleh dibanggakan namun saya sendiri bangga kerana dapat mencari rezeki hasil titik peluh sendiri,” katanya ketika ditemui di tapak menunggu pelanggan beca di Banda Hilir di sini hari ini.
Mohamed atau lebih mesra dipanggil Pak Wan adalah antara kira-kira lebih 300 pengayuh beca meneruskan tugas mereka mempromosikan negeri ini yang terkenal sebagai pusat pelancongan tumpuan dari seluruh dunia.
Dengan pendapatan seharian tidak menentu namun jika rajin bekerja secara berterusan seawal pukul 8.30 pagi hingga ke tengah malam, seseorang pengayuh mampu meraih pendapatan sebanyak RM200, itu pun belum ditolak bayaran sewa beca.
Di Melaka, sesuatu yang menarik adalah hampir kesemua kenderaan itu dihiasi dengan pelbagai aksesori termasuk lampu, alat muzik dan warna-warni yang sering menjadi perhatian khususnya di sekitar pusat bandar raya Melaka, sama ada siang atau malam.
Kerajaan negeri bagaimanapun tidak pernah mengabaikan kebajikan para pengayuh beca kerana golongan ini merupakan duta kecil kepada Melaka sebagai negeri pelancongan.
Namun bagi seorang pengayuh beca wanita, Humairah Norizan, 24, beca kini dilihat tidak lagi menjadi suatu produk yang mampu menarik pelancong.
“Saya sudah lapan tahun membawa beca tapi sejak kebelakangan ini, agak sukar mencari pelanggan walaupun pelancong ramai, mungkin faktor ekonomi juga menyebabkan beca semakin kurang diminati,” katanya yang pernah berhadapan dengan kejadian ditipu pelanggan iaitu pelancong asing yang ‘lari’ tanpa membayar upah. (Utusan)
Sobat baru saja selesai membaca :
Kehidupan Pengayuh Beca Di Bawah PH Makin Suram?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kehidupan Pengayuh Beca Di Bawah PH Makin Suram? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kehidupan Pengayuh Beca Di Bawah PH Makin Suram? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/kehidupan-pengayuh-beca-di-bawah-ph.html