Judul : Kanak-kanak, 3 Penganjur Himpunan 8/12 Dipanggil Sekarang..
link : Kanak-kanak, 3 Penganjur Himpunan 8/12 Dipanggil Sekarang..
Kanak-kanak, 3 Penganjur Himpunan 8/12 Dipanggil Sekarang..
KETUA Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun beramah mesra dengan pelancong selepas merasmikan program Ronda Cegah Jenayah di perkarangan Pasar Seni hari ini.- UTUSAN ONLINE/ AMIR KHALID
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Tiga penganjur #DaulatHimpunan812 akan hadir petang ini bagi memberi keterangan berhubung kehadiran kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, Sabtu lalu.
Difahamkan, ketiga-tiga penganjur himpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) itu akan hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi proses rakaman percakapan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tindakan itu diambil susulan satu laporan polis yang diterima mengenai perkara tersebut.
“Kita akan panggil mereka petang ini. Mereka sudah berjanji untuk tidak melibatkan kanak-kanak sebelum permit diberikan tapi tidak ditunaikan.
“Ini satu kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 jadi kita akan ambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Ronda Cegah Jenayah bersama Ketua Polis Negara di perkarangan Pasar Seni, di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi memaklumkan, pihaknya akan menilai semula situasi di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, bagi mengurangkan jumlah anggota polis yang bertugas.
“Buat masa ini, tiada sebarang ancaman di lokasi (kuil), tapi kita tidak boleh ambil mudah mengenai situasi tersebut.
“Saya akan berbincang dengan polis Selangor petang ini mengenai tindakan selanjutnya,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Kanak-kanak, 3 Penganjur Himpunan 8/12 Dipanggil Sekarang..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kanak-kanak, 3 Penganjur Himpunan 8/12 Dipanggil Sekarang.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kanak-kanak, 3 Penganjur Himpunan 8/12 Dipanggil Sekarang.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/kanak-kanak-3-penganjur-himpunan-812.html