Judul : Kaji Hapuskan Tol.. Percayakah Kepada 'Si Lidah Biawak'?
link : Kaji Hapuskan Tol.. Percayakah Kepada 'Si Lidah Biawak'?
Kaji Hapuskan Tol.. Percayakah Kepada 'Si Lidah Biawak'?
PERUNDING bebas bakal dilantik bagi membantu menyediakan cadangan menghapuskan kutipan tol lebuh raya sepertimana dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan (PH). - UTUSAN ONLINE
Perunding bebas dilantik kaji hapuskan tol
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kementerian Kerja Raya akan melantik perunding bebas bagi membantu menyediakan cadangan menghapuskan kutipan tol lebuh raya sepertimana dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan (PH).
Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, jemaah menteri pada 31 Oktober lalu telah memutuskan supaya kementeriannya diberikan tempoh enam bulan bagi mengemukakan mekanisme untuk mencapai matlamat tersebut.
“Kementerian akan melantik perunding audit bebas bertauliah pada Januari 2019 bagi membantu kerajaan menganalisis data cadangan berkenaan, termasuklah mengemukakan cadangan mengurangkan beban tol untuk tempoh jangka pendek, sederhana dan panjang.
“Hasil kajian itu dijangka dibentangkan untuk pertimbangan serta persetujuan jemaah menteri pada Mei 2019,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang bertanyakan bilakah kerajaan akan memberhentikan kutipan tol di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuh Raya Utara Selatan seperti dijanjikan dalam manifesto PRU-14, semasa sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Takut rakyat hukum dan tolak PH dalam PRU 15 akan datang. Itupun baru nak kaji.. Buat belum tentu. Percayakah rakyat kepada parti 'lidah biawak' itu?
Sobat baru saja selesai membaca :
Kaji Hapuskan Tol.. Percayakah Kepada 'Si Lidah Biawak'?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kaji Hapuskan Tol.. Percayakah Kepada 'Si Lidah Biawak'? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kaji Hapuskan Tol.. Percayakah Kepada 'Si Lidah Biawak'? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/kaji-hapuskan-tol-percayakah-kepada-si.html