Freemason Di Malaysia.. Ini Dia..

Freemason Di Malaysia.. Ini Dia.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Freemason Di Malaysia.. Ini Dia.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Freemason Di Malaysia.. Ini Dia..
link : Freemason Di Malaysia.. Ini Dia..

Baca juga


Freemason Di Malaysia.. Ini Dia..

Hasil carian imej untuk lambang freemason
PRESIDEN PAS, Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya  hari ini menyebutkan bahawa, Al-Marhum Sheikh Jamaluddin Al-Afghani dan muridnya yang setia iaitu Sheikh Muhammad Abduh menarik diri dari menyertai kumpulan Freemason. (lihat: Kata PM “Mustahil diterima ICERD.." Lembu Tidak D...).

Para pengkaji dan pengamat Freemason serta Zionis menyedari, bahawa mereka berjaya memasukkan pengaruh yang sesat itu ke dalam setiap unit yang berada di bawah PBB yang dikuasai oleh negara kuasa besar dunia yang ditentukan arah politiknya oleh Freemason dan Zionis tersebut. 

Jadi apa itu Freemason?

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di EnglandScotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat.


Pertubuhan Freemason yang wujud dalam pelbagai bentuk berkongsi prinsip dan pandangan moral dan metafizik yang sama, lazimnya mereka berkongsi kepercayaan kepada satu "Supreme Being"Asas, unit organisasi tempatan Freemasonry adalah Lodge. The Lodges biasanya diselia dan dikawal di peringkat serantau (biasanya serentak dengan sama ada negeri, wilayah, atau sempadan negara) oleh Grand Lodge atau Grand Orient. 

Tiada antarabangsa, di seluruh dunia Lodge Grand yang menyelia semua Freemasonry; setiap Grand Lodge adalah bebas, dan mereka tidak semestinya mengenali antara satu sama lain sebagai sah. Freemason Moden meluas terdiri daripada dua kumpulan pengiktirafan utama. 

Freemason Biasa menegaskan bahawa jumlah kitab terbuka di rumah persinggahan bekerja, bahawa setiap ahli yang menganut kepercayaan Dewa, bahawa tidak ada wanita dimasukkan ke wad, dan perbincangan mengenai agama dan politik adalah dilarang. sekarang Freemason Benua adalah istilah umum untuk bidang kuasa "liberal" yang telah membuang beberapa, atau semua, sekatan ini.

Freemason di Amerika Syarikat

George Washington, yang menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat pada 30 April 1789 adalah seorang anggota Freemason. Selain itu, para penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat yang ditandatangani pada 4 Julai 1778 oleh William HoperBenjamin FranklinMatthew ThorntonWilliam WhippleJohn HancockPhillip Livinstondan Thomas Nelson, juga dipercayai pengikut Freemason.

Selain Washington, 13 lagi presiden, lapan naib presiden dan 35 Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat pernah dikenalpasti sebagai ahli Freemason. Washington adalah ahli Freemason yang berpusat di New York City. Ahli Freemason yang dikenal pasti di Amerika Syarikat dianggarkan berjumlah tiga juta dan di New York sahaja terdapat lebih kurang 136,000 ahli.

Freemason di Iraq

Sebilangan cawangan Freemason di Iraq telah wujud seawal tahun 1903, dan bertambah bilangannya apabila negara itu diperintah di bawah Mandat British sejurus selepasPerang Dunia I. Bagaimanapun, keadaan itu berubah pada bulan Julai 1958 selepas Revolusi, dengan pembubaran pemerintahan beraja dan pengisytiharan Iraq sebagai sebuahrepublik di bawah Jeneral Qasim. 

Lesen yang membenarkan cawangan Freemason ditarik balik dan undang-undang diperkenalkan untuk mengharamkan sebarang perjumpaan Freemason. Pendirian itu kemudian diperkukuh oleh Saddam Hussein, yang menetapkan hukuman mati bagi mereka yang "mempromosikan atau menyanjung prinsip-prinsip Zionisme, termasuk Freemason, dan mereka yang melibatkan diri dalam pertubuhan Zionisme". 

Dengan kejatuhan pemerintahan Saddam Hussein selepas serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq, pengharaman ke atas Freemason dimansuhkan dan pada tahun 2007, Land Air and Sea Lodge, No. 1 dianugerahi dengan piagam oleh Loji Besar New York (Grand Lodge of New York).

Freemason Di Malaysia.

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME). DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong,China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. 

Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya. DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
  • Singapura: 3 loji
  • Kuala Lumpur: 3 loji
  • Pulau Pinang: 1 loji
  • lpoh: 1 loji
  • Kuantan: 1 loji
  • Kuching: 2 loji
  • Port Dickson: 1 loji
  • Port Klang: 1 loji
  • Kelantan: 1 loji
  • Taiping : 1 loji
  • Kota Kinabalu: 1 loji
  • Bangkok: 3 loji
  • Pattaya: 1 loji
  • Melaka: 1 logi
Hasil carian imej untuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

    Pada masa itulah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat juga pernah membangkitkan di Parlimen pada 25 Oktober 1978. Beliau mempersoalkan Perdana Menteri Tn Hussein Onn tentang tindakan kerajaan yang membiarkan organisasi Freemason didaftarkan dengan banyak, malah sudah tercapai lebih 55 lodges dengan 2,984 ahli termasuk seorang Menteri.

    Islam Dan Freemason.

    Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke SyriaIraqJordanMesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikanpolitikbudaya dan sosial.

    Freemason juga berkembang luas di MesirMaghribiLubnanMalaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an. 

    Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu lambang ini juga ada pada wang satu dolar Amerika.Bukan itu sahaja,ia juga terdapat dalam kartun seperti Songebob Squarepants

    Kristian dan Freemason

    Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason. Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. 

    Pertama adalah daripada Paus Clemant XIIpada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason. Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. 

    Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang. Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). 

    Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan.

    Rujukan

    1. ^ Hodapp, Christopher. Freemasons for Dummies. Indianapolis: Wiley, 2005. p.52.
    2. ^ UGLEhttp://web.archive.org/web/20040206160546/http://www.ugle.org.uk/masonry/YQA-about-freemasonry.htm
    3. ^ Griffin, Mark (2002). "Freemasonry and Religion". United Grand Lodge of England. Diarkibkan daripada asal pada 2004-01-30. Dicapai 2007-05-08.
    4. ^ howstuffworks.com - freemason.htm
    5. ^ The Temple and the Lodge
    6. ^ Book=Liturgies of the Ancient and Accepted Scottish Rite of Freemasonry
    7. ^ http://freemasonry.bcy.ca/texts/moray_r.html The first recorded initiation in England
    8. ^ Josten, C. H. (editor) (1966). Elias Ashmole (1617–1692). His Autobiographical and Historical Notes, his Correspondence, and Other Contemporary Sources Relating to his Life and Work Oxford: Clarendon Press, vol. I, ms. 18
    9. ^ laman utama aktivis Freemason di United Kingdom
    10. ^ Adnin Armas, Pluralisme Agama dan Gerakan Freemason Yahudi, Hidayatullah.Com, 13 Disember 2005
    11. ^ What are Freemasons
    12. ^ DGLME.org
    13. ^ Carian buku Google
    14. ^ Rabbi Jacob Jehudah Leon - THE MODELS OF THE TEMPLE AND THE ENGLISH CRAFT.
    15. ^ Masons Desire to Rebuild Solomon's Temple
    16. ^ King Solomon's Temple Bookends
    17. ^ Can a Muslim Be a Freemason?
    18. ^ Freemasonry in Ottoman Palestine
    19. ^ In June, 1996 Di Bernardo at the time Grand Master of the Regular Grand Lodge of Italy published his book "Rebuilding the Temple."
    20. ^ © MMI - MMV Wasatch Lodge #1 Free & Accepted Masons
    21. ^ How The World Has Been Intelligently Controlled?
    22. ^ http://www.thetruthseeker.co.uk/article.asp?id=1086 Who Was Albert Pike?
    23. Wikisource-logo.svg FreemasonEncyclopædia Britannica (edisi ke-11). 19Web of Hiram at the University of Bradford. A database of donated Masonic material
    24. Masonic Books Online of the Pietre-Stones Review of Freemasonry
    25. The Constitutions of the Free-Masons (1734), James Anderson, Benjamin Franklin, Paul Royster. Hosted by the Libraries at the University of Nebraska-Lincoln
    26. The Mysteries of Free Masonry, by William Morgan, from Project Gutenberg
    27. The United Grand Lodge of England's Library and Museum of Freemasonry, London
    28. A page about Freemasonry – claiming to be the world's oldest Masonic website.
    29. Articles on Judaism and Freemasonry
    30. Anti-Masonry: Points of View – Edward L. King's Masonic website



      Sobat baru saja selesai membaca :

      Freemason Di Malaysia.. Ini Dia..

      Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Freemason Di Malaysia.. Ini Dia.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

      Telah selesai dibaca: Freemason Di Malaysia.. Ini Dia.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/freemason-di-malaysia-ini-dia.html

      Subscribe to receive free email updates: