Judul : 65% Islam Tapi Didominasi Bukan Islam, "An Evening With Tuan Guru..
link : 65% Islam Tapi Didominasi Bukan Islam, "An Evening With Tuan Guru..
65% Islam Tapi Didominasi Bukan Islam, "An Evening With Tuan Guru..
PAS akan dukung gabungan yang dominasikan Islam
KUALA LUMPUR: PAS akan mendukung mana-mana gabungan yang mendominasikan orang Islam dalam pemerintahan negara, demikian menurut Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Kerana katanya, adalah tidak wajar bagi negara yang terdiri daripada 65 peratus orang Islam, tetapi pemerintahannya didominasi oleh bukan Islam di mana penguasaan seperti itu boleh menyebabkan pertembungan.
Perkara tersebut dinyatakan beliau dalam sesi soal jawab bersama hadirin warga Malaysia pada program "An Evening With Tuan Guru Abdul Hadi Awang" di Dublin, Ireland, kelmarin.
Tegasnya, PAS bukan fanatik perkauman, sebaliknya Nabi S.A.W telah mengajar dari Hadis "Pemimpin daripada Quraisy" bahawa dalam politik Islam kabilah dominan mesti memimpin.
"Islam adalah syarat kaum yang mendominasi, ini sangat penting. Kerana pemimpin dipatuhi, mesti didukung oleh kaum yang paling kuat dalam kalangan orang Islam," terang beliau.
Terdahulu ditanya mengenai kesediaan bersama Umno, jelas beliau PAS pernah bersama parti tersebut menuntut kemerdekaan dan dalam Kerajaan Campuran 1973 serta Barisan Nasional 1974 dengan bersyarat.
Katanya, PAS sedia memungut mereka yang lari dari kapal lama untuk bersama PAS, tetapi tidak untuk kerjasama dengan Umno kerana dasarnya berlainan di mana PAS mahu Islam memerintah, bukan diperintah.
"Ini masih tak ada titik pertemuan hingga hari ini. Namun bila kerajaan terdesak, kita boleh kerjasama, sekadar dalam perkara yang baik. Di ambang pilihan raya PAS diajak sertai kerajaan, kita tolak.
"PH juga ajak kita sertai kerajaan, kita tolak kerana kita pernah kerjasama dengan mereka. Kita buat gagasan sendiri dan berjaya menguasai Kelantan, Terengganu dan menjadi parti paling besar di Kedah.
"Umno sekarang mengalami kebocoran bahtera. Kaedah kita orang pergi laut, kalau bahtera bocor kita pergi dekat, bahtera kita pun boleh tenggelam sama. Nak gabung dengan parti bocor ini satu benda yang sulit dan payah.
"Dan Umno ini ada penyakit dan masalah dia. Adapun mengata Umno di Alam Barzakh, maka tidak mudah. Parti Komunis yang diharamkan pun masih ada. Parti Hitler masih ada pengikut. Syaitan pun ada pengikut.
"Tuhan jadikan tak mati syaitan selagi tak berlaku Kiamat. Bukan saya kata dia syaitan, tidak. (Tetapi) Kita nak matikan kefahaman ini tidak mudah, akan ada warisan dia," jelas beliau. - HARAKAHDAILY 25/12/2018
Sobat baru saja selesai membaca :
65% Islam Tapi Didominasi Bukan Islam, "An Evening With Tuan Guru..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 65% Islam Tapi Didominasi Bukan Islam, "An Evening With Tuan Guru.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 65% Islam Tapi Didominasi Bukan Islam, "An Evening With Tuan Guru.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/65-islam-tapi-didominasi-bukan-islam_26.html