Judul : Rasuah ‘KawTim’ SPRM RM22j, Berapa Songlap’? Wee Cabar Debat!
link : Rasuah ‘KawTim’ SPRM RM22j, Berapa Songlap’? Wee Cabar Debat!
Rasuah ‘KawTim’ SPRM RM22j, Berapa Songlap’? Wee Cabar Debat!
Kalau Rasuah ‘KawTim’ SPRM RM22j, Berapa Banyak Duit Terowong Kena ‘Songlap’?
Malaysian Digest – “Jika RM22 juta telah dibayar (syarikat) SPV dalam cubaan untuk menutup rasuah, berapakah jumlah keseluruhan rasuah yang perlu ditutupkan?” Itu persoalan dilontarkan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong kepada Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung skandal terowong Pulau Pinang.
26 Februari lepas, kontroversi Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang memasuki era baru apabila syarikat Special Purpose Vehicle (SPV), Zentih Consortium Sdn Bhd yang ditugaskan membina projek terowong menuntut kembali wang RM22 juta diberikan kepada dua individu bagi menutup skandal rasuah projek berkenaan.
Zenith mendakwa bayaran RM19 juta telah dibayar kepada seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’, sementara RM3 juta kepada Ahli Parlimen Baling merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azeez Rahim.
Guan Eng dengan nada marah menempelak Barisan Nasional terutama UMNO dengan mendakwa kenyataan Zenith bukti DAP sering menjadi mangsa sementara UMNO terus mengaut keuntungan.
“Mengapa tiap-tiap kali macam ini, UMNO dapat untung, UMNO dapat habuan, DAP yang tak dapat apa-apa yang kena (serang),” ujarnya dalam sidang media.
“Saya mempersoalkan SPRM kerana gagal melaksanakan tugasnya secara profesional dan telus. Saya tunggu sama anda (ambil tindakan terhadap Azeez),” kata Guan Eng dalam nada marah
Mengakui terkhilaf, Zenith kemudiannya menarik semla notis tuntutan kepada Azeez pada 4 Mac lalu dan berjanji untuk membersihkan nama pemimpin UMNO itu.
Wee menyifatkan cubaan Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap Azeez adalah cara paling mudah untuk mencuci segala skandal melibatkan kerajaan Pulau Pinang secara langsung dengan projek mega bernilai RM6.34 bilion itu.
Tambahnya, Setiausaha Agung DAP itu juga cuba untuk membersihakan semua nama ahli politik DAP yang terlibat dengan projek berkenaan dengan menyalahkan Setiausaha Kerajaan Negeri.
“Malangnya, tak ramai orang akan percaya bahawa pemimpin DAP tidak terlibat dalam penganugerahan projek terowong Pulau Pinang termasuk pengurusan projek. Pertamanya, penganugerahan projek sebesar ini mestilah mendapat sokongan exco kerajaan negeri yang diketuai oleh Guan Eng.
“Taktik untuk membersihkan dirinya daripada skandal ini juga adalah bukti Guan Eng memberitahu media bahawa syarikat SPV terowong Pulau Pinang tidak lagi berkomunikasi dengannya dan media perlu mengajukan semua soalan berkaitan SPV kepada UMNO,” ujar Wee dipetik video yang dimuatnaiknya di Facebook semalam.
Menyedari Guan Eng sering melabelkan Wee dengan pelbagai gelaran jelik kononnya telah mensabotaj projek pembangunan Pulau Pinang – walaupun tiada kerja pembinaan setelah lima tahun projek dilancarkan – Wee menggesa agar Guan Eng mengemukakan cabaran debat awam berhubung isu Terowong Pulau Pinang.
Pemimpin PAS Rasuah.. Ini Bukti..
Lihat:
Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
Lihat:
Rumah Siapa Ini? Rumah MB?
Sobat baru saja selesai membaca :
Rasuah ‘KawTim’ SPRM RM22j, Berapa Songlap’? Wee Cabar Debat!
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Rasuah ‘KawTim’ SPRM RM22j, Berapa Songlap’? Wee Cabar Debat! dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Rasuah ‘KawTim’ SPRM RM22j, Berapa Songlap’? Wee Cabar Debat! link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/rasuah-kawtim-sprm-rm22j-berapa-songlap.html