Judul : Projek Terowong Tipu Rakyat,: Direman 4 Hari, Padan Muka!
link : Projek Terowong Tipu Rakyat,: Direman 4 Hari, Padan Muka!
Projek Terowong Tipu Rakyat,: Direman 4 Hari, Padan Muka!
PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM3 juta bagi mempengaruhi siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.
Perintah reman sehingga 6 Mac itu dikeluarkan Majistret Eng Kar Wen selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.
Terdahulu, lelaki berusia 64 tahun itu tiba di mahkamah pada 9.10 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.
Menurut laporan media, suspek ditahan di ibu negara pada 3.30 petang semalam dan merupakan individu kedua yang ditahan kerana dipercayai terlibat menerima wang bagi menutup siasatan kes projek mega itu.
Suspek dipercayai menerima RM3 juta daripada sebuah syarikat selepas dia dikatakan mampu 'menyelesaikan' siasatan yang sedang dijalankan SPRM.
Media turut melaporkan suspek telah meminta RM4 juta sebagai habuan namun jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM3 juta selepas berunding dengan pihak syarikat terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)B Akta SPRM 2009.
Pada Selasa lepas, SPRM menahan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' disyaki menerima rasuah RM19 juta bagi mempengaruhi siasatan kes projek berkenaan.
SPRM juga membekukan empat akaun bank syarikat milik suspek yang bernilai RM3.6 juta dan menyita empat kenderaan mewah iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover serta Hyundai Starex dianggarkan bernilai RM1.3 juta.
'Datuk Seri' tersebut direman selama enam hari bermula Rabu lepas sehingga Isnin ini.
-- BERNAMA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Projek terowong tipu rakyat Malaysia, ternyata bukan menipu rakyat Pulau Pinang sahaja. Direman 4 hari, mungkin ada lagi sedang menunggu giliran. Padan muka!
Parti politik dalangnya terlibat dalam menzalimi rakyat begitu. Bagaimana supaya rakyat tidak dizalimi? Pilih parti yang bersih dari dunia hingga akhirat. Bukan hanya bersih di dunia ini sahaja, diselimusi dosa di alam akhirat.
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Lihat juga..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?
Lihat juga..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
Sobat baru saja selesai membaca :
Projek Terowong Tipu Rakyat,: Direman 4 Hari, Padan Muka!
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Projek Terowong Tipu Rakyat,: Direman 4 Hari, Padan Muka! dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Projek Terowong Tipu Rakyat,: Direman 4 Hari, Padan Muka! link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/projek-terowong-tipu-rakyat-direman-4.html