Kes PPIM, Ah Long &Yusof Azmi Dakwa Difitnah..

Kes PPIM, Ah Long &Yusof Azmi Dakwa Difitnah.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Kes PPIM, Ah Long &Yusof Azmi Dakwa Difitnah.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Kes PPIM, Ah Long &Yusof Azmi Dakwa Difitnah..
link : Kes PPIM, Ah Long &Yusof Azmi Dakwa Difitnah..

Baca juga


Kes PPIM, Ah Long &Yusof Azmi Dakwa Difitnah..


Ketua Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi bercakap kepada media sambil diiringi Wakil Peguam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim (kanan), Peguam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Fadhly Yaakob (kiri) selepas selesai membuat laporan polis berhubung tindakan khianat dan sabotaj seorang individu dipercayai telah mencuri dokumen yang mengandungi maklumat sulit syarikat, di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 12 MAC 2018


KUALA LUMPUR – Selepas hampir seminggu menyepikan diri akhirnya, Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi tampil memberi penjelasan mengenai tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya dan PPIM.
Rupa-rupanya kekecohan yang berlaku baru-baru ini berpunca akibat salah faham mengenai caj pengurusan terhadap kes-kes yang diadu kepada PPIM melibatkan orang dalam persatuan itu sendiri.
Dalam pertemuan hari ini Yusuf mendakwa menjadi mangsa fitnah empat orang kakitangannya yang dikatakan mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan imej dan maruahnya dipandangan mata masyarakat.
Malah katanya, individu-individu terbabit telah mencuri dokumen-dokumen penting berkaitan ah long dan peribadi di syarikat konsultan PPIM yang diketuainya dengan cara menceroboh pejabat tersebut.
Langkah seperti itu diambil oleh individu-individu terbabit dengan tujuan mahu mendedahkan maklumat sulit pengadu-pengadu yang membuat aduan kepada PPIM dengan tujuan tertentu.
Gerak geri mereka dapat dilihat secara jelas melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di pejabat berkenaan meskipun mereka yang terlibat cuba menghapus bukti rakaman itu apabila didakwa memotong pendawaian alat sistem tersebut.
“Kenapa mereka semua nak khianat kepada saya. Kalau benar saya ada buat silap pergi buat laporan polis,” katanya.
Yusof hairan kenapa dirinya cuba dijadikan mangsa sedangkan usahanya selama ini hanya dengan satu niat iaitu mahu membantu membela nasib-nasib pengadu-pengadu yang kebuntuan setelah diganggu oleh samseng-samseng daripada kumpulan ah long.
Sementara itu, Yusof turut mendedahkan bahawa individu terbabit turut melakukan kerja-kerja songsang yang melanggar Standard of Prosedur (SOP) PPIM apabila mereka mengutip bayaran daripada pengadu tanpa merekodkannya ke dalam sistem data di pejabat.
“Saya dapat tahu ini semua setelah saya melihat CCTV. Mereka sebelum ini pernah mencadangkan kepada saya supaya menambah caj bayaran pengadu dalam kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah.
“Saya kata tak boleh sebab kita hanya boleh mengenakan caj pengurusan kepada orang yang memohon pertolongan kita dan itu hanya bayaran untuk peguam. Saya kata kalau buat begitu ia sudah melanggar polisi-polisi,” ujarnya.
Yusof turut mendedahkan seorang daripada kakitangan yang terbabit baru sahaja diambil bekerja di syarikat konsultan tersebut dalam tempoh dua bulan, seorang baru sahaja bekerja dalam tempoh tiga bulan, seorang lagi bekerja dalam tempoh lebih setahun manakala seorang lagi merupakan rakan sekolah adiknya yang baru bekerja selama tiga bulan.
Pada Sabtu lalu, seorang menuntut PPIM membayar semula wang pinjaman ah long yang dibuat kepada persatuan itu berjumlah RM160,000.
Wanita berkenaan yang bekerja di sektor swasta mendakwa, sejak Disember tahun lalu dia sudah membuat empat pembayaran sebanyak RM250,000 kepada PPIM yang menjadi orang tengah mengendalikan urusan pinjaman kepada ah long.
Bagaimanapun, pekerja sektor swasta itu mendakwa dia mula berasa musykil sejak Januari lalu selepas sukar mendapat resit pembayaran daripada PPIM.
Terdahulu, Yusof membuat laporan mengenai perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini dengan ditemani, peguam yang dilantik Mohd Fadhly Yaacob dan peguam PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim. – MalaysiaGazette
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Riba masih diizinkan dalam pemerintahan kerajaan umat Islam Malaysia. Bagaimana mengelaknya? Undilah partai Islam se Malaysia (PAS), yang akan mentadbir negara secara Islam.
UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS



Sobat baru saja selesai membaca :

Kes PPIM, Ah Long &Yusof Azmi Dakwa Difitnah..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kes PPIM, Ah Long &Yusof Azmi Dakwa Difitnah.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Kes PPIM, Ah Long &Yusof Azmi Dakwa Difitnah.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/kes-ppim-ah-long-azmi-dakwa-difitnah.html

Subscribe to receive free email updates: