Judul : Mahathir Bertemu Anwar Hari Ini. Bersilat Lagi?
link : Mahathir Bertemu Anwar Hari Ini. Bersilat Lagi?
Mahathir Bertemu Anwar Hari Ini. Bersilat Lagi?
KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang dinamakan calon perdana menteri oleh Pakatan Harapan pada Ahad lalu, akan bertemu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jam 4 petang hari ini.
Rancangan pertemuan dua pemimpin yang suatu ketika dahulu pernah bermusuhan diumumkan melalui jemputan media oleh PKR petang semalam.
Pertemuan dua pemimpin pembangkang itu akan diadakan di Hospital Rehabilitasi Cheras iaitu tempat Anwar menjalani pemulihan selepas pembedahan bahu pada November tahun lalu.
Susulan tindakan Pakatan Harapan itu, Dr Mahathir berdepan rungutan terutama daripada beberapa kumpulan dalam PKR serta Parti Amanah Negara.
Penolakan itu dibuat walaupun selepas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membacakan kenyataan Anwar yang menyatakan beliau menerima keputusan pakatan itu.
Bagaimanapun, Anwar tidak menyebut secara khusus nama Dr Mahathir dalam kenyataan itu. (BH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 2 pendekar Melayu masih bersilat lagi?
Lihat sebelum ini..
Sobat baru saja selesai membaca :
Mahathir Bertemu Anwar Hari Ini. Bersilat Lagi?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mahathir Bertemu Anwar Hari Ini. Bersilat Lagi? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Mahathir Bertemu Anwar Hari Ini. Bersilat Lagi? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/01/mahathir-bertemu-anwar-hari-ini.html