S'nor, PH Dah Tak Boleh Harap? Perobohan Kediaman &Kedai...

S'nor, PH Dah Tak Boleh Harap? Perobohan Kediaman &Kedai... - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: S'nor, PH Dah Tak Boleh Harap? Perobohan Kediaman &Kedai..., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : S'nor, PH Dah Tak Boleh Harap? Perobohan Kediaman &Kedai...
link : S'nor, PH Dah Tak Boleh Harap? Perobohan Kediaman &Kedai...

Baca juga


S'nor, PH Dah Tak Boleh Harap? Perobohan Kediaman &Kedai...

‘Detik hitam kerajaan negeri Pakatan Harapan Selangor’
ARIF ATAN Foto: WAN ZAHARI

AMANAH Selangor menyifatkan perobohan kediaman dan kedai bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang hari ini dapat dielak jika semua pihak bekerjasama. 

Pengerusinya, Izham Hashim berkata, keluarga terlibat masih dalam proses mahkamah berhubung tuntutan pampasan yang lebih setimpal. 

“Pagi ini nampaknya mereka (badan berkuasa) mengambil jalan yang kasar merobohkan rumah terlibat. Ini merupakan detik hitam kepada sejarah negeri Selangor (diterajui) Pakatan Harapan. 

“Mereka sudah lama puluhan tahun tinggal di sini walaupun bukan lagi pegawai masjid ini. 

“Mereka telah pun pergi (bawa kes) ke mahkamah dan prosesnya belum selesai. Mereka masih di peringkat membuat rayuan untuk menyelesaikan isu pampasan ini,” ujarnya kepada pemberita. 

Beliau ditemui hadir di Lot 1210 Mukim Sungai Buloh yang dihuni dua keluarga iaitu Abdul Razak Said dan Yaakob Abdul sejak tahun 1996. Lokasi tersebut berada dalam kawasan Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah tetapi dimiliki pihak Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB). 

Menurut Izham, dua keluarga terbabit juga sebenarnya sudah bersedia untuk mengosongkan lot tersebut tetapi memerlukan tempoh bagi tujuan perbincangan lanjut berhubung jumlah pampasan. 

“Kita meminta kerjasama semua pihak untuk menyelesaikan isu ini di meja rundingan. 

“Walaupun kita faham tanah ini milik MAHB (Malaysian Airports Holdings Berhad) dan arahan dikeluarkan mengikut Kanun Tanah Negara untuk merobohkan premis ini tapi kita yakin jalan penyelesaian dengan cara baik boleh dicari jika semua pihak bekerjasama. 

“Kita difahamkan tawaran (pampasan) hanya RM5,000 yang dibayar secara ansuran atas usaha mereka selama ini. Kita memandang ini sebagai satu penindasan,” tegasnya lagi. (K)


Sobat baru saja selesai membaca :

S'nor, PH Dah Tak Boleh Harap? Perobohan Kediaman &Kedai...

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang S'nor, PH Dah Tak Boleh Harap? Perobohan Kediaman &Kedai... dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: S'nor, PH Dah Tak Boleh Harap? Perobohan Kediaman &Kedai... link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/10/snor-ph-dah-tak-boleh-harap-perobohan.html

Subscribe to receive free email updates: