Tentera Myanmar Terus Kejam, 89 Terbunuh. Suu Kyi Tak Bersuara?

Tentera Myanmar Terus Kejam, 89 Terbunuh. Suu Kyi Tak Bersuara? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tentera Myanmar Terus Kejam, 89 Terbunuh. Suu Kyi Tak Bersuara?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tentera Myanmar Terus Kejam, 89 Terbunuh. Suu Kyi Tak Bersuara?
link : Tentera Myanmar Terus Kejam, 89 Terbunuh. Suu Kyi Tak Bersuara?

Baca juga


Tentera Myanmar Terus Kejam, 89 Terbunuh. Suu Kyi Tak Bersuara?


DUA anggota polis mengawal pos pemeriksaan di hadapan pintu masuk bandar Yathae Taung, negeri Rakhine, Myanmar kelmarin. - AFP
YANGON – Tentera Myanmar melepaskan bedilan mortar dan mesingan ke arah beratus-ratus penduduk kampung Rohingya yang melarikan diri kelmarin, kata wartawan agensi berita AFP di lokasi kejadian dan beberapa pengawal sempadan Bangladesh.
Kejadian berlaku di pos sempadan Ghumdhum di mana sebilangan penduduk kampung terkandas sejak Jumaat lalu selepas melarikan diri daripada keganasan di negeri Rakhine, utara Myanmar.
Seorang pemberita AFP melihat orang awam bertempiaran lari ketika askar Myanmar melepaskan tembakan.
Angka korban dalam serangan itu masih tidak jelas.
“Mereka (askar Myanmar) menembak orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak yang bersembunyi di kawasan bukit berhampiran sempadan,” kata ketua stesen Pasukan Pengawal Sempadan Bangladesh, Manzurul Hassan.
Dalam pada itu, bunyi tembakan senjata api kedengaran di serata negeri Rakhine tengah hari kelmarin ketika pertempuran antara kumpulan pemberontak Rohingya dan pasukan keselamatan Myanmar berterusan, kata seorang pegawai, sehari selepas pertempuran serupa membunuh 89 orang dan memaksa penduduk kampung di sekitar bandar Maungdaw melarikan diri.
Negeri Rakhine menjadi sasaran sentimen kebencian agama terhadap etnik minoriti Islam Rohingya yang dilabelkan sebagai pendatang tanpa izin oleh rakyat Myanmar beragama Buddha.
Beratus-ratus lelaki Rohingya kemudian membentuk kumpulan pemberontak dikenali sebagai Tentera Penyelamat Arakan Rohingya (ARSA).
ARSA mendakwa mengetuai pemberontakan di sekitar bandar Maungdaw sejak Oktober tahun lalu.
Pertempuran pada Jumaat lalu menyebabkan 12 anggota pasukan keselamatan dan 77 pejuang ARSA terbunuh sekali gus angka korban keganasan tertinggi dalam sehari sejak tahun lalu.
Pertempuran itu tercetus apabila beratus-ratus pejuang ARSA menyerang sebilangan pos polis dengan sebahagian daripada mereka membawa senjata api dan bahan letupan buatan sendiri. AFP

ETNIK Rohingya dari negeri Rakhine di Myanmar berkumpul berhampiran sempadan di daerah Ukhiya, di mana pengawal sempadan Bangladesh menahan mereka daripada memasuki negara itu kelmarin. - AFP


Sementara itu di Cox's Bazar, Bangladesh – Kira-kira 1,000 umat Islam Rohingya yang mela­rikan diri daripada keganasan di Rakhine, Myan­mar terkandas di Sungai Naf berhampiran sempadan Bangladesh, demikian ke­nyataan pasukan keselamatan Bangladesh semalam.
Tentera Myanmar melaporkan, jumlah kematian dalam sera­ngan yang dilancarkan oleh pemberontak Rohingya kelmarin meningkat kepada 89 orang termasuk 12 anggota pasukan keselamatan. Serangan serupa pada Oktober lalu mendorong operasi pembersihan oleh tentera yang didakwa dicemari kekejaman dan pencabulan hak asasi manusia.
Sekurang-kurangnya satu serangan baharu berlaku semalam, lapor sumber keselamatan Myanmar.
Pemimpin Kebangsaan, Aung San Suu Kyi mengutuk serangan awal pagi yang menyaksikan pembe­rontak Rohingya menggunakan pistol, kayu dan bom buatan tangan menyerang 30 balai polis dan pangkalan tentera. Suu Kyi didakwa tidak bersuara mengenai pe­nganiayaan terhadap kaum minoriti tersebut dan mempertahankan tindakan ganas tentera selepas serangan pada Oktober. Reuters
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.



Sobat baru saja selesai membaca :

Tentera Myanmar Terus Kejam, 89 Terbunuh. Suu Kyi Tak Bersuara?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tentera Myanmar Terus Kejam, 89 Terbunuh. Suu Kyi Tak Bersuara? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tentera Myanmar Terus Kejam, 89 Terbunuh. Suu Kyi Tak Bersuara? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2017/08/tentera-myanmar-terus-kejam-89-terbunuh.html

Subscribe to receive free email updates: